Cara Trade Guna RSI Sebagai OverBought & OverSold

428

Anda telah pun mengetahui asas Indikator Relative Strength Index (RSI)

Kini tiba masa untuk anda menggunakannya.

Sebelum saya mula, anda pasti ingat dalam bab asas RSI, fungsi indikator RSI adalah untuk mengukur bila mana harga menjadi overbought dan oversold dan juga untuk mengukur kekuatan trend.

Tetapi kali ini saya nak terangkan pula Cara Trade menggunakan Indikator RSI sebagai Overbought dan Oversold.

Mari Kita mula.

Jika anda masih ingat dalam bab Indikator Bollinger Band saya sudah terangkan apa itu Overbought dan Oversold. Betul ke Betul sangat?

Tapi kalau anda sudah lupa mari saya terangkan lagi sekali.

Overbought bermaksud dimana harga sudah menjadi terlalu mahal atau terlebih beli dan kita boleh jangkakan harga akan mula menurun tidak lama lagi. Konsepnya, bila apa-apa barang terlebih beli mesti akan ada yang nak menjual. 

Oversold pula, iaitu harga sudah menjadi terlalu murah atau terlebih jual dan kita boleh jangkakan harga akan mula menaik tidak lama lagi. Lazimnya sama seperti, bilamana berlaku terlebih jual, pasti akan ada yang membeli. 

Oleh itu, RSI digunakan untuk menentukan waktu entry dan exit dengan melihat kepada paras overbought dan oversold.

Cara mudah untuk membaca indikator RSI adalah apabila 

  • Graf RSI berada pada level 70 ke Level 80 terjadinya Overbought
  • Graf RSI berada pada level 20 ke level 30 maka terjadinya Oversold

Kita dapat lihat apabila RSI Overbought,ia berada di atas level 70/80, harga pada graf akan menurun. Jadi kita boleh Tekan entry SELL disini untuk jana Keuntungan.

Apabila pada RSI Oversold pada level 30/20 pula, anda boleh perasan harga akan mula kembali naik dan ini adalah masa terbaik untuk Entry BUY disini.

Hal ini terjadi sebab berlakunya tekanan jualan. Ia mengalami kejatuhan sehingga ia masuk ke dalam zon oversold. Melihat situasi ini pelabur melihat peluang di situ kerana menganggap bahawa harga telah murah dan mengambil kesempatan untuk membelinya. Maka harga dilihat naik semula

Ringkasan Graf RSI

  • Atas Level 50 – Bullish Trend (Uptrend)
  • Bawah Level 50 – Bearish Trend (Downtrend)
  • Atas Level 70 / 80 – Overbought (Entry Sell)
  • Bawah Level 30 / 20 – Oversold (Entry Buy)

Amaran Trading Mengunakan RSI

  • RSI hanya berkesan ketika pasaran sedang trending (uptrend/downtrend) yang kuat.
  • Apabila keadaan pasaran bergerak secara sideways, sebarang signal yang diberikan indikator ini tidak memberikan kepastian yang jelas untuk pelabur.
  • Jika indikator ini digunakan untuk carta berdurasi terlalu pendek, bacaan RSI ini akan menjadi terlalu volatile dan akan kerap memberikan isyarat yang tidak tepat kepada pelabur. (Timeframe bawah 1 jam)
  • Sekiranya RSI ini digunakan pada Timeframe yang salah, indikator ini tidak akan dapat membantu para pelabur untuk meraih keuntungan dalam pelaburan (Timeframe yang sesuai adalah berdurasi 1 jam ke atas)
  • Jadi kena tahu cara untuk menggunakan RSI ini dengan betul agar dapat membantu kita meraih keuntungan dalam pelaburan.

Kesimpulanya, harus dingat bahawa semua indikator yang ada hanya untuk membantu dan memudahkan kita untuk membuat keputusan. Seeloknya kita perlu membuat kajian juga.

Jom Join Telegram SuperScalper SEKARANG tuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper! https://t.me/+bi37HGPx73U2N2Q9

Semoga anda berjaya transform diri anda jadi Trader yang berjaya Jana pendapatan $1000 dalam masa seminit bersama AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Wiratrader, Intraday dan My Kapital.my

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz