Cara Trade Guna Bollinger Band

701

Kita telah pun mengenali asas Bollinger Band, sekarang kita perlu tahu cara untuk menggunakan

Kenapa menggunakan Bollinger Band ini penting?

Sebab 95% Price Action akan berlaku di antara bands ini

Jadi kita mempunyai peluang untuk menjana profit menggunakan 3 Teknik Bollinger band di bawah

Teknik 1 : Ketika Overbought dan Oversold dalam market Sideways 

Teknik ini digunakan untuk membantu kita mengetahui bilamana berlakunya Overbought dan Oversold dalam market dan Bila waktu sesuai untuk BUY / SELL Order.

Ia sangat sesuai digunakan apabila Market sedang bergerak dalam Sideways.

Sebelum kita mula trade guna teknik ini, mari kita faham dulu Overbought dan Oversold dulu

Overbought bermaksud dimana harga sudah menjadi terlalu mahal atau terlebih beli dan kita boleh jangkakan harga akan mula menurun tidak lama lagi. Konsepnya, bila apa-apa barang terlebih beli mesti akan ada yang nak menjual.

Maka, setiap kali price sentuh upper band itu menunjukkan market sudah overbought dan ia adalah peluang untuk membuka SELL order.

Sama juga dengan Oversold pula, iaitu harga sudah menjadi terlalu murah atau terlebih jual dan kita boleh jangkakan harga akan mula menaik tidak lama lagi. Lazimnya sama seperti, bilamana berlaku terlebih jual, pasti akan ada yang membeli

Jadi setiap kali price sentuh lower band itu menunjukkan yang market sudah menjadi oversold dan ia adalah peluang untuk kita membuka BUY order.

Ingat Sell at Overbought, Buy at Oversold!

Teknik 2 : Mengikut Arah Trend Market

Dalam Teknik ini kita kena Ingat “ Jangan sesekali melawan arah Trend”

Dalam market uptrend kita hanya mahu fokus pada signal BUY sahaja.

Setiap kali price mula pullback ke middle band itu adalah peluang untuk membuka buy order dan target profit adalah di upper band.

Dalam market downtrend pula kita hanya mahu fokus untuk SELL signal sahaja

Jadi setiap kali price mula pullback ke middle band itu adalah signal untuk membuka sell order dan target profit di lower band

Teknik 3 : Bollinger Band Squeeze Breakout

Apabila bollinger band mula mengecil ianya dipanggil sebagai Bollinger Band squeeze.

Hal ini berlaku, menunjukkan market sedang kekurangan momentum, tetapi kita boleh jangkakan yang akan berlakunya breakout tidak lama lagi.

Selalunya bila harga mula keluar dari bollinger band itu bermaksud harga akan mula break ke arah itu.

Jika uptrend price akan breakout di luar upper band. Kemudian harga terus bergerak ikut arah dimana breakout itu berlaku

Sebaliknya, jika downtrend price akan breakout di luar lower band. Kemudian harga terus bergerak ikut arah dimana breakout itu berlaku

Jika kita menggunakan teknik ini kita boleh : 

Buy at Upper Band, Close atas upper Band

Sell at Lower Band, Close bawah lower Band

Kesimpulanya, walaupun ia sangat powerful sentiasa pastikan anda selalu BACKTEST dulu sebelum menggunakannya.  

Itu sahaja untuk Cara Trade menggunakan Bollinger Band buat sekarang.

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday dan WiraTraders

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz