FAKTOR MEMPENGARUHI PERGERAKAN RINGGIT

287

Sejak 2020, Ringgit Malaysia mengalami penurunan. Cuma baru-baru ini saja ringgit naik disebabkan kejatuhan USD.

Namun, 2 ke 3 hari ni dilihat Kembali menurun berbanding US Dolar di mana ianya sekarang berada pada paras RM 4.40 berbanding 1 US Dolar. 

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergerakan Ringgit, seperti:

  • Harga Minyak Mentah Dunia

Malaysia adalah pengeluar minyak dunia. Harga minyak mentah mempunyai hubungan positif dengan pergerakan ringgit.

Pergerakan ringgit ditentukan oleh bagaimana anggota-anggota OPEC mengawal pengeluaran minyak.

Apabila OPEC mengurangkan pengeluaran minyak, secara tak langsung harga minyak akan naik.

Pada masa sama Ringgit juga akan naik dan sebaliknya.

  • Tren Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR)

Kenaikan kadar bunga boleh membantu peningkatan matawang negara.

Kadar bunga yang rendah menyebabkan aliran keluar modal dan pergi ke negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk dapatkan pulangan yang tinggi.

Jika pelabur asing menjangkakan akan ada kenaikan kadar bunga di US. Pelabur asing akan  menjual bon/ekuiti di pasaran Malaysia.

Secara tak lansung mereka menjual Ringgit sekaligus Ringgit jatuh.

  • Landskap Politik Malaysia yang Baru

Pelabur asing akan mengimbangi portfolio mereka terhadap kestabilan politik negara.

Jika politik stabil. Maka ramai pelabur berani untuk melabur di Malaysia.

  • Kekuatan US Dolar

Kekuatan matawang US Dolar lebih menarik perhatian pelabur berbanding mata wang lain.

Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat & pengangguran yang rendah adalah mendorong kenaikan kadar bunga.

Ringgit.

Nampak tak macam mana nilai ringgit berkait ramai dengan turun naik US Dollar.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL