Cara Trade Guna MACD
Kita sudah pun mengenali Asas Moving Average Convergence Divergence di article sebelum ini
Kini Tibalah masa untuk kita menggunakannya untuk mengaut keuntungan.
Okay! Jom!
2 Cara Penggunaan Indikator MACD
Kebiasaanya indikator MACD mempunyai dua cara penggunaanya iaitu:
- Belian Crossover
- Menentukan Overbought/Oversold
Mari kita lihat kedua-dua cara penggunaannya.
Belian Dengan Cara MACD Crossover
Apabila garisan MACD bersilang dengan garisan signal daripada bawah, ianya menunjukkan isyarat belian atau buy signal. Isyarat ini lebih kuat sekiranya persilangan ini terjadi di bawah zero line.
Jika garisan signal yang bersilang dengan garisan MACD daripada atas pula, ianya merupakan isyarat jualan atau sell signal. Isyarat jualan ini lebih kuat jika sekiranya persilangan tersebut berlaku di atas paras zero line.
Penggunaan teknik ini adalah lagging kerana kita menantikan persilangan dua garisan seperti yang berlaku di dalam persilangan moving average.
Teknik ini sangat sesuai digunakan apabila saham tersebut berada di fasa kenaikan yang kuat.
Ianya tidak sesuai digunakan apabila pergerakan harga saham itu sedang berada di fasa sideways.
Menentukan Overbought Atau Oversold Sesuatu Saham
Sesuatu saham apabila ianya berada di paras terlalu tinggi biasanya akan jatuh ke paras normal.
Sama juga halnya sekiranya sesuatu saham itu jatuh dengan mendadak, ianya akan naik semula ke paras normalnya.
Dengan indikator MACD, kita dapat menentukan sama ada sesuatu saham itu adalah overbought apabila garisan MACD dan signal naik berada di keadaan terlalu tinggi berbanding paras zero line.
Keadaan oversold pula dapat ditunjukkan oleh indikator MACD ini apabila garisan MACD dan garisan signal berada terlalu jauh di bawah paras zero line.
Tidak seperti indikator oscillator lain, indikator MACD ini tidak mempunyai paras tertentu seperti indikator Relative Strength Indeks dalam menentukan overbought atau oversold sesuatu saham.
Oleh itu, kita perlu tengok kepada pembentukan carta sesuatu saham itu untuk tempoh tertentu bagi mengetahui keadaan pasaran secara menyeluruh.
Boleh Guna MACD Sahaja Untuk Meraih Keuntungan?
Indikator MACD adalah merupakan indikator lagging dan akan berfungsi dengan baik jika saham tersebut berada di dalam fasa uptrend yang kuat.
Sebagai seorang pelabur yang bijak, sebaiknya kita mengkaji latar belakang syarikat yang kita ingin melabur terlebih dahulu dan fahamkan asas kajian teknikal ini sebelum membuat apa-apa tindakan dalam pasaran saham.
Melabur saham ini ibarat seperti berniaga. Pilih syarikat yang kita yakin daripada segi strategi masa hadapan dan juga syarikat yang mempunyai tahap kewangan yang sihat.
Atau dalam erti kata lain, gabungkan Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal sebelum membeli sesuatu saham.
Dapat sesuatu?
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari The Kapital.myPenafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz