Asas | Candlestick Harami
Dalam bahasa Jepun, Harami bermaksud “kehamilan”. Di mana, corak ini terbentuk daripada dua Candle di sebelah kiri dengan badan yang lebih besar daripada kanan. Batang Candle kanan yang lebih kecil menerangkan bahawa trend akan berubah. Semakin kecil batang candle di sebelah kiri, semakin kuat perubahan trendnya.
Candle yang lebih kecil menunjukkan pergerakan harga yang telah mencapai kemuncak dan kemungkinan besar tidak lagi dapat meneruskan trend. Semakin kecil candle kedua, semakin kuat isyarat reversal atau pembalikan berlaku. Ketepatan isyarat ini berada pada tahap pertengahan dan tinggi.
Dibawah adalah bentuk rupa Bullish Harami dan bullish Harami:
Corak candle Harami sering dianggap sebagai corak candlestick yang kewujudannya agak penting dalam beberapa strategi dagangan, kerana ia boleh digunakan untuk membaca pergerakan harga dan volume.
Bullish Harami
- Terbentuk setelah terjadi penurunan drastik atau lama.
- Candle pertama merupakan candle bearish (merah) dengan body yang lebih besar.
- Diikuti candle bullish (hijau) dengan body yang lebih kecil.
Bearish Harami
- Terbentuk setelah terjadi kenaikan drastik atau lama.
- Candle pertama merupakan candle bullish (hijau) dengan body yang lebih besar.
- Diikuti candle bearish (merah) dengan body yang lebih kecil.
Semakin kecil body pada candle kedua, makin besar tahap peluang untuk reversal harga berlaku. Jika shadow candle kedua melebihi shadow candle pertama itu tidak menjadi masalah, asalkan body candle kedua tetap berada di dalam body candle pertama.
Perbezaan antara Harami dan Inside Bar
Beberapa newbie trader pasti akan keliru bila mempelajari price action, kemudian menemui kedua corak candle ini.
Hal ini disebabkan karena sebenarnya pola candlestick Harami adalah turunan dari candlestick Inside Bar. Secara singkat, perbezaan mendasar dari kedua pola tersebut ada pada penekanan bentuk. Ini kerana, sebenarnya corak candlestick Harami adalah terbitan daripada candlestick Inside Bar. Ringkasnya, perbezaan asas antara kedua-dua corak adalah dalam penekanan pada bentuk.
Apabila candlestick Harami lebih menekankan saiz body candle kedua tak lebih dari body candle pertama, maka candlestick Inside Bar lebih pada panjang sumbu atas dan bawah candle kedua tak melebihi sumbu milik candle pertama.
Jadi, adakah ia berbeza dalam penggunaan? Tidak. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah bertengkar lagi tentang kedua-dua corak ini, kerana ia hanya untuk pengetahuan asas, bukan aplikasi ketika trading.
Dapat sesuatu?
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari Seputar Forex
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz