Asas | Moving Average Convergence Divergence (MACD)
MACD atau lebih dikenali sebagai Moving Average Convergence Divergence (MACD) merupakan sebuah indikator popular yang digunakan oleh kebanyakan pelabur sama ada professional trader atau newbie trader.
Indikator ini dicipta oleh Gerald Appel sekitar tahun 1970-an
MACD merupakan indikator yang menentukan momentum harga dan short term trend. Short term ini biasanya dalam 1-14 hari. Ia juga merupakan gabungan oscillator dan dual moving average crossover. Secara ringkasnya, oscillator ini merupakan satu pergerakan seperti wave yang ada turun naik untuk certain range.
Di dalam indikator ini, moving average yang digunakan adalah exponential moving average (EMA) kerana ianya lebih cepat bertindak balas dengan harga terkini pasaran.
Indikator ini sangat mudah digunakan, tetapi ianya sedikit sukar untuk memahami penggunaannya secara menyeluruh.
Mari kita lihat struktur indikator MACD ini dengan lebih terperinci untuk kita faham cara penggunaanya yang betul.
Struktur MACD
Indikator MACD ini terhasil daripada tiga komponen utama:
- Garisan MACD
- Garisan signal
- Histogram
- Garisan MACD merupakan garisan yang berdurasi pendek dan ianya lebih sensitif dengan perubahan harga semasa berbanding garisan signal.
- Garisan signal dalam indikator MACD ini pula berdurasi lebih pendek dan bertindak balas lebih lewat terhadap perubahan harga semasa saham.
- Garisan signal ini biasanya akan kerap bersilang dengan garisan MACD disebabkan oleh perbezaan durasi ini.
- Histogram ini pula menggambarkan jurang di antara garisan MACD dan garisan signal.
- Semakin besar jurang di antara garisan tersebut, semakin besar histogram yang akan terbentuk.
- Apabila saiz histogram ini semakin meningkat, ianya dikenali sebagai divergence. Sebaliknya bila ianya menguncup ianya dikenali sebagai convergence.
Kita dah kenal komponen yang ada di dalam MACD, tetapi bagaimana pula cara penggunaannya?
Cara Penggunaan Indikator MACD
Perkara yang paling penting dalam penggunaan indikator MACD ini adalah persilangan di antara garisan MACD dan garisan signal.
Apabila garisan MACD bersilang daripada bawah garisan signal di atas zero line dan ditambah dengan histogram yang positif, ianya menunjukkan bahawa terdapat momentum bullish pada saham tersebut.
Sebaliknya pula yang berlaku apabila garisan signal yang berada di atas garisan MACD dan berada di bawah zero line, diikuti dengan historgam yang negatif. Ini bermakna saham tersebut sedang berada di dalam fasa bearish.
Dapat sesuatu? Nantikan Article seterusnya untuk mengetahui Cara Trade menggunakan MACD pula.
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari The Kapital.my
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz