Asas | Relative Strength Index (RSI)

430

Relative Strength Index atau lebih dikenali RSI adalah satu indikator yang berasaskan volume Trading di Pasaran. RSI ini dibangunkan oleh J. Welles Wilder iaitu seorang pakar Technical Analysis pada tahun 1978 . Beliau juga dikenali sebagai Bapa kepada beberapa indikator Teknikal yang kini dianggap sebagai teras dalam Teknikal Analisis.

RSI ini adalah petunjuk momentum bagi mengukur momentum perubahan harga iaitu untuk menilai jika berlaku terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought) di pasaran. 

Selain itu, RSI juga berfungsi sebagai pengayun momentum yang mengukur kelajuan dan perubahan pergerakan harga.


Indikator RSI ini dipaparkan sebagai oscillator dengan satu garisan graf berayun di antara dua garisan ekstrem dan mempunyai nilai bacaan dari 0 sehingga 100.

Secara asasnya, RSI dianggap overbought apabila melebihi 70 dan oversold apabila di bawah 30.

Walaupun ia digunakan untuk melihat momentum pasaran secara umumnya tetapi ia juga boleh digunakan untuk melihat momento kekuatan trend tersebut.

Indikator RSI untuk mengukur kekuatan trend pula terdiri daripada 3 Level utama iaitu Level 70, 50 dan 30

Bullish Trend RSI (Uptrend)

Apabila graf index RSI berada di atas garisan Level 50, ini bermakna trend sedang mengekalkan momentum bullish, iaitu pasaran menaik.

Bearish Trend RSI (Downtrend)

Apabila graf index RSI mengekalkan kedudukan di bawah garisan Level 50 ia bermakna trend sedang mengekalkan momentum Bearish  iaitu pasaran menurun

Kesimpulannya, Relative Strength Index atau RSI boleh digunakan untuk mengukur kekuatan momento pergerakan harga sesuatu market disamping mengukur kekuatan trend, akan tetapi yang lebih penting pastikan anda menggunakannya bersesuaian dengan kajian yang anda lakukan.

Itu sahaja untuk Asas RSI. Jika anda ingin belajar teknik boleh juga belajar cara trade menggunakan RSI disini .

Jom Join Telegram SEKARANG tuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA! https://t.me/+bi37HGPx73U2N2Q9

Semoga anda berjaya transform diri anda jadi Trader yang berjaya Jana pendapatan $1000 dalam masa seminit bersama AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari The Kapital.my

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz