KISAH SI TRADER BUTA YANG PERNAH RUGI DALAM SAHAM

249

Pernah dengar tentang Amit Patel, kisah Trader yang cacat penglihatan ni?

Kalau belum, harini nak cerita sikit kisah beliau.

Amit Patel berasal dari sebuah perkampungan kecil, Varkhad yang terletak di India. Beliau merupakan pembantu pelanggan di State Bank of India sejak 2011. Patel juga mempunyai sebuah band muzik.

Namun, dua kerjaya tersebut tak menghalang minatnya dalam pelaburan walaupun cacat penglihatan.

Kisah bermula lepas Patel tamat pengajian dalam bidang HR. Mulanya, Patel bekerja di sebuah syarikat insurans. Tapi, tak bertahan lama kerana waktu bekerja adalah selama 12 jam sehari. Di sebabkan itu, beliau tak dapat tumpukan perhatian kepada minatnya dalam muzik.

Pada 2009, Patel berhenti kerja di syarikat insurans tersebut. Beliau nekad untuk bekerja di bank kerana waktu kerja yang tetap.

Sebelum diterima bekerja di Bank. Patel telah menduduki satu peperiksaan khas di State Bank of India. Namun, proses untuk diterima bekerja mengambil masa setahun.

Dalam tempoh menunggu tu. Seorang kawan Patel menceritakan tentang pasaran saham. Kawanya mengajak Patel untuk mula melabur secara kecil-kecilan.

Patel anggap ini adalah peluang keemasan untuk jana pendapatan lumayan. Beliau membuka sebuah akaun dengan broker saham terkemuka dan mula melabur.

Pelaburan yang pertama di NSE Nifty. Berjaya hasilkan untung 1,200 buck walaupun baru bermula. Sejak itu, Patel terlalu yakin dan melabur dengan modal 1 lakh dan terus mencatat keuntungan.

Malangnya ada satu hari, Patel rugi sebanyak 50% daripada modal. Beliau mula sedar pentingnya belajar ilmu pelaburan. Jadi, Patel cuba belajar tentang pelaburan dengan kawan-kawan yang berpengalaman.

Dengan kekurangan yang dimiliki. Patel masih bergantung dengan brokernya untuk melabur. Beliau rugi lagi sebanyak 70,000 Rupee kerana panggilan telefonnya tidak dijawab oleh broker.

Sejak itu, Patel mula belajar melabur secara online. Beliau terus belajar sendiri tentang pelaburan hingga terpaksa tanggung kerugian hampir keseluruhan modal. Disebabkan tiada wang, Patel berhenti melabur. Tapi beliau tetap terus belajar ilmu pelaburan.

Lepas sekian lama menanti. Akhirnya, Patel ditawarkan bekerja di State Bank of India. Beliau mula ada pendapatan tetap lalu melabur semula.

Bayangkan dari tahun 2012 hingga 2014, beliau dah rugi lebih daripada 200,000 Rupee. Tapi, dia langsung tak patah semangat.

Akhirnya, pada 2016. Patel mula serius dalam pelaburan. Beliau berjaya kaut keuntungan berganda berdasarkan pengalaman dan strategi yang diusahakanya.

Sikap tak mudah megalah dan rajin belajar Patel memang wajib dijadikan contoh. Gagal sekali tak bermakna akan gagal untuk selamanya.

Kalau anda jadi Patel. Agak-agak mampu ke anda terus berusaha apabila gagal? atau hanya duduk menatap kelemahan diri?

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL