Bagaimana Candlestick Terbentuk?

554

Nak trade kena lah tahu Apa itu Candlestick Chart

Candlestick chart adalah chart yang sangat popular digunakan dan jika anda perhatikan candlestick chart ni nampak seolah-olah seperti batang lilin yang mempunyai sumbu, oleh itu ia dinamakan Candlestick. Candlestick chart adalah berasal dari Jepun dan direka pada kurun ke 18 oleh seorang pedagang beras.

Nak predict market price movement, kenalah tahu candlestick pulak. Jangan ikut buy call.

Candlestick pattern adalah antara ilmu asas technical analisis yang perlu diketahui dan dipelajari oleh seorang pedagang dan pelabur. 

Mari kita kaji bagaimana candlestick terbentuk.

Tapi sebelum itu apakah keistimewaan candlestick Chart?

Candlestick chart adalah chart lengkap yang dapat menunjukkan anda pergerakkan harga pada satu-satu tempoh masa yang tertentu. Ia mengikut “timeframe” yang anda pilih.

Setiap batang candlestick tersebut boleh menunjukkan Harga Pembukaan (open price), Harga Tertinggi (higher price), lower price dan juga close price. Candlestick terdiri daripada bahagian yang dipanggil body(badan) dan shadow (bayang). 

Bullish Candlestick

Bullish Candlestick adalah candlestick yang berwarna Hijau dan terbentuk apabila harga penutup lebih tinggi daripada harga pembukaan. 

Contohnya, harga dibuka sesuatu saham itu adalah  RM0.50 dan ditutup dengan  harga RM0.60. 

Ini bermakna, harga saham tersebut bergerak daripada bawah dan terus naik ke atas. Itulah yang menyebabkan candlestick berwarna hijau terbentuk.

Harganya meningkat RM0.03 sen dan menyebabkan candlestick berubah menjadi hijau. 

Bearish Candlestick

Bearish Candlestick adalah candlestick berwarna merah yang membawa makna berlawan dengan candlestick berwarna hijau iaitu terjadi apabila harga sesuatu saham ditutup lebih rendah daripada harga pembukaan. 

Di sini, anda sebagai seorang pelabur saham harus tahu bahawa harga saham ketika itu sedang menurun. 

Contoh harga pembukaan adalah RM 0.20 dan ditutup pada harga RM 0.15. Maka di sinilah berlakunya candlestick merah yang menjadi tanda bahawa harga saham sedang menurun.

Kedua-dua candlestick ini :

  • Mempunyai badan (body) dan bayang atau sumbu (shadow). 
  • Keseluruhan pembentukan candlestick merangkumi badan dan bayang ini dipanggil range, iaitu harga saham yang berlegar pada julat itu sahaja.
  • Bayang atau sumbu atas (upper shadow) pula akan terjadi sekiranya harga pembukaan menaik hingga harga tertinggi tetapi harga tetap ditutup pada harga yang lebih rendah daripadanya. 
  • Bayang-bayang atau sumbu bawah (lower shadow) berlaku apabila harga pembukaan menurun hingga harga terendah tetapi masih tutup pada harga yang lebih tinggi daripadanya.

Kesimpulanya, pembentukan candlestick ini dapat memberi petunjuk kepada trader tentang keadaan sesuatu harga saham dan terdapat banyak jenis-jenis candlestick yang lain perlu juga kita fahami agar dapat membaca chart pasaran dengan lebih tepat lagi. 

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.

Pastikan anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday & The Kapital.my

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz