FAKTOR TURUN NAIK HARGA SAHAM

266

Permintaan pasaran berkuasa mempengaruhi nilai saham setiap hari. Di mana harga turun naik saham biasanya disebabkan penawaran dan permintaan dari pasaran.

Harga saham boleh dipengaruhi oleh pelbagai factor sama ada bencana, politik sesebuah negara atau keputusan syarikat. Factor lain juga mungkin disebabkan oleh potensi hasil, kecekapan pengurusan seperti tadbir urus dan kemahiran, serta pengurusan kos syarikat.

Pergerakan harga satu saham berbanding yang lain dalam industri atau sektor perniagaan yang sama mungkin mempunyai kesan ke atas harga saham.

Maksudnya, kalau ramai yang nak buat penawaran, harga boleh jadi lebih tinggi. Tapi kalau ramai yang nak jual saham iaitu penawaran melebihi permintaan, so nilai akan jatuh.

Punca permintaan tinggi biasanya kerana Sentimen pasaran saham,Persepsi pasaran industry, Suasana pasaran saham adalah positif dan factor ekonomi. Sentimen terhadap industri juga boleh pengaruhi permintaan saham seperti yang berlaku masa pandemik dulu.

Ramai orang merujuk harga saham sebagai transaksi terkini. Jadi, bila-bila masa transaksi yang baru berlaku, harga akan berubah. Melainkan transaksi baru itu adalah untuk harga yang sama seperti sebelumnya.

Namun begitu, ada kalanya harga saham akan didorong untuk meningkat oleh pemegang saham utama. Tujuanya supaya mereka boleh menjual pada harga tinggi sekaligus memperoleh keuntungan.

Justeru, harga saham kaunter akan meningkat dengan drastik sebelum turun semula secara mendadak dan menyebabkan kesan negatif pada pemegang saham minoriti khususnya pelabur runcit.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL