Apa itu Forex Trading?

335

Forex ialah singkatan bagi perkataan, foreign exchange iaitu aktiviti menukar matawang daripada matawang negara A kepada matawang negara B. Contohnya anda mempunyai matawang negara Malaysia, dan anda pergi ke money changer dan menukar matawang negara Malaysia kepada matawang US Dollar, jadi process itu adalah proses tukaran matawang, foreign exhange atau dalam singkatannya ialah FOREX.

Penukaran dalam tukaran dagangan forex ini mencecah nilai USD 6.6 Trillion sehari (data 2019). Dalam hanya sehari sahaja nilai tukaran itu mencapai angka trillion.

Mesti anda sudah tahu bab money changer tapi apa pula Forex Trading?

Berbalik kepada kes anda pergi ke money changer tadi untuk menukar wang, adakah anda perasan yang rate atau harga nilai matawang tersebut berubah-rubah dari sehari ke hari. Jika anda perhatikan betul-betul, hari ini anda pergi tukar adalah pada harga lain, esok anda pergi tukar harganya lain pula.

Katakan hari ini anda pergi tukar harga adalah RM4.40 untuk USD 1.00, anda perlukan RM400 untuk tukar dengan USD100.

Dan katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60. Jadi di sini jika anda pergi tukar USD100 anda, anda akan untung kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. RM20 keuntungan tersebut.

Mengikut simbolik, inilah dinamakan forex trading, anda jual dan beli matawang anda. Dan anda bayangkan anda hanya menukar USD100 anda tadi, sedangkan transaksi harian adalah sebanyak USD 6.6 Trillion sehari. Banyak Bukan?

Alangkah Rugi jika kita tidak mengambil peluang?

Forex trading ini dikendalikan secara online.

Untuk Trade Forex pula anda hanya perlukan :

  • Komputer
  • Handphone
  • Internet

Mudah bukan?

Pasaran forex ini juga buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari, iaitu bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan beakhir pada pukul 5 pagi hari sabtu. Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai. Jika anda seorang pekerja yang pergi kerja pagi pukul 8, balik pukul 5 pun anda masih mempunyai masa trading pada malamnya. Begitu juga jika anda seorang pekerja shift, pasaran forex di buka 24 jam sehari, anda jangan risau, bilaa-bila masa sahaja and boleh trade forex.

Urusan jual beli anda akan dikendalikan oleh broker, dikenali sebagai broker forex. Terdapat banyak broker forex yang menawarkan servis ini. Tetapi anda mestilah memilih yang bagus dan dipercayai.

Terdapat beberapa platform yang disediakan oleh broker forex, dan platform paling popular adalah dikenali sebegai MetaTrader.

Dapat sesuatu?

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz