PENERAJU HEDGEFUND TERBESAR DUNIA

1,010

Jom kenal sikit dengan Ray Dalio yang merupakan pengurus hedge fund terbesar di dunia iaitu Bridgewater Associates. Beliau menguruskan aset sebanyak USD140 bilion dengan 1,500 orang pekerja di seluruh dunia.

Dalio juga ada aset sebanyak USD20.3 bilion dan merupakan antara pengurus hedge fund terkaya dunia. Ada yang gelar beliau sebagai Steve Jobs dalam dunia pelaburan saham kerana sangat inovatif dalam teknik pelaburan.

Ray Dalio suka bermeditasi. Kalau di tanya tentang rahsia utama kejayaannya. Mesti beliau jawab “meditasi”. Beliau sentiasa melakukan meditasi dua kali sehari. Meditasi yang diamalkan adalah Transcendental Meditation yang merupakan meditasi yang sangat popular di negara barat.

Minat beliau terhadap meditasi tercetus melalui kumpulan The Beatles yang sangat terkenal pada era 1960-an. Dalio mula mengamalkanya pada awal tahun 1970-an.

Cerita meditasi ini ada kaitan dengan kisah pelaburan beliau dalam saham tau. Katanya, ada satu peristiwa besar telah berlaku dalam kehidupan beliau. Kejayaan yang diperolehnya juga atas bantuan meditasi.

Peristiwa yang terjadi pada 1982, di mana Ray Dalio telah melakukan kesilapan dalam pasaran saham. kononya, Mexico akan mengalami inflasi disebabkan hutang yang tinggi. Tapi, sebaliknya yang jadi. Kerajaan Amerika Syarikat telah membantu Mexico dalam krisis tersebut.

Disebabkab peristiwa itu, Dalio telah hilang semua wang pelaburan dan semua pekerja syarikatnya terpaksa diberhentikan. Waktu itu, beliau terpaksa pinjam wang dari ayahnya sebanyak USD4,000 demi mulakan hidup baru.

Sejak itu, Ray Dalio ubah mindsetnya melalui Transcendental Meditation. Menurutnya meditasi ini telah berjaya mengosongkan fikiran daripada mengingati peristiwa malang tersebut. Apa yang berlaku telah mengubah dirinya seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.

Pada tahun 2017, Ray Dalio telah bersara dari Hedge-Fund dan diganti dengan David McCormick. Namun begiru, persaaran beliau tak menghalang beliau dari terus aktif dalam pasaran saham.

Dalio rajin melihat keadaan pasaran saham setiap hari dan mencari jawapan kepada setiap permasalahan dengan mendalam. Bagi beliau, dengan menyelesaikan masalah dalam pasaran saham membantu beliau untuk sentiasa berfikir.

Kini, Ray Dalio telah mencapai usia 70 tahun. Namun, beliau ingin focus memberi manfaat kepada golongan muda dengan meberi nasihat yang berguna. Rutin harian beliau juga tetap sama di mana beliau bermeditasi dan bangun jam 6 pagi setiap hari.

Tambah lagi, Dalio juga merupakan penulis buku yang terkenal iaitu Principles: Life and Work yang menjadi best seller untuk New York Times Best Seller.

Beliau turut menderma separuh daripada kekayaan yang dimilikinya kepada badan kebajikan. Nampak tak yang kejayaan yang dimiliki Dalio bukan kebetulan tapi sebab usaha dan disiplin hidupnya yang sentiasa konsisten.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL