Asas | Indikator Ichimoku Kinko Hyo
Hye Traders!
Pernah ke dengar Indikator Ichimoku Kinko Hyo ini?
Nama pun da pelik sangat kan??? Lagi-lagi kalau anda pertama kali melihat, mata anda mungkin terasa pedih dan pening.
Betul sangat kan??
Ya, Ia mungkin pening untuk newbies tetapi bila anda sudah mengenalinya anda akan mendapati ia agak ringkas dan sangat berharga untuk menganalisa pasaran.
Semoga garisan-garisan ini tidak menakutkan anda! Hahahaha….
Jom kita kenali Asas Ichimoku Kinko Hyo hari ni disini!
Ichimoku Kinko Hyo (IKH) atau secara ringkasnya dipanggil Ichimoku adalah sebuah indikator teknikal analysis yang sangat kompleks, berguna dan sarat dengan maklumat.
Inchimoku Kinko Hyo ini berasal dari Bahasa Jepun bererti “sekilas pandang pada carta yang sedang dalam keseimbangan”. Kita akan lihat apa maksudnya di bawah.
Tetapi sebelum itu kenapa Indikator yang menakutkan ini sangat penting dan Berguna?
Ini kerana Indikator ini melakukan beberapa tugasan penting. Iaitu:
- menandakan arah trend dominan;
- menunjukkan momentum dan kekuatan sesuatu trend;
- memberikan aras-aras sokongan dan rintangan yang boleh diandalkan;
- memberikan signal untuk berdagang.
Apakah komponen-komponen yang membentuk Ichimoku?
Ada lima bahagian yang utama pada indikator Ichimoku.
- Kumo (Awan) – elemen penting pada indikator ini, yang dibentuk menggunakan 2 purata bergerak yang dinamakan Senkou Span A dan Senkou Span B. Bahagian awan yang berada di sebelah kanan harga semasa (di “masa depan”) menunjukkan imbangan kuasa di pasaran. Bahagian awan yang sejajar (aligned) dengan harga semasa bertindak sebagai sokongan dan rintangan untuk harga.
- Kijun-sen (Garis asas) – MA jangka panjang 26 tempoh.
- Tenkan-sen (Garisan ulang-alik) – MA jangka pendek 9 tempoh.
- Chinkou Span (Garisan lat/lamban) – harga penutupan candlestick semasa yang telah dianjak ke belakang sebanyak 26 tempoh.
Bila Nak buy dan Sell Guna Indikator ini:
Buy
- Jika Line Tenkan-sen crossover kijun-sen Line dari bawah ke atas ianya adalah signal buy
- Kita hanya perlu ikut signal buy sahaja sekirannya price dan chikou span berada di atas cloud
Sell
- Untuk signal sell kita tunggu line tenkan-sen crossover dengan kijun-sen line daro atas ke bawah.
- Kita hanya fokus pada signal sell sahaja sekiranya price dan span berada di bawah cloud.
Kesimpulannya, Indikator Ichimoku mungkin tampak kurang mengerikan bagi seorang pedagang baru. Garis-garis yang ada boleh menunjukkan arah trend dengan tepat dan malah “meramalkan” momentum selanjutnya.
Dapat sesuatu?
PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips-Tips Technical Analysis dari AA SuperScalper!
Penafian: Penulisan sumber dari The WiraTraders
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis: Farah Firoz