Cara Trade Guna Moving Average (MA)

592

Kita sudah pun mengenali Asas Moving Average, Istilah Moving Average, jenis-jenis moving average dan cara formula pengiraannya.

Kini Tibalah masa untuk kita menggunakannya untuk mengaut keuntungan.

Okay! Seperti yang saya bagi tahu di article Asas Moving Average, ada dua kegunaan Moving Average yang biasanya digunakan dalam trading iaitu untuk: 

  1. Menentukan trend.
  2. Menentukan satu garisan support dan resistance

Jadi Article kali ini kita akan fokus kedua-duanya.

Moving Average untuk Menentukan Trend

MA boleh digunakan untuk menunjukkan arah pergerakan harga saham yang lebih jelas. Pergerakan uptrend pada harga saham boleh dikenalpasti apabila garisan MA bergerak menaik, manakala downtrend pula apabila garisan MA bergerak menurun.

Uptrend: Garisan MA bergerak menaik

Downtrend: Garisan MA bergerak menurun

Kebiasaannya, MA yang digunakan untuk melihat trend adalah SMA 50, SMA 100 dan SMA 200, manakala time frame yang sesuai adalah pada TF H4 dan Daily

Apabila dua jangka masa MA digunakan (short-term dan long-term), maka MA dapat memberikan pengesahan uptrend apabila garisan short-term MA melintasi dan bergerak ke atas garisan long-term MA, manakala pergerakan sebaliknya oleh short-term MA menunjukkan pengesahan downtrend.

Secara terperinci, tanda awal apabila trend bertukar dari uptrend ke downtrend, adalah dengan persilangan SMA 50 dan SMA 100 ke bawah dipanggil Death Cross. Downtrend tersebut akan lebih kukuh jika menunjukkan Tanda Lengkap (Tanda pengesahan trend) apabila SMA100 dan SMA200 bersilang dan ke bawah.

Selagi harga masih berada di bawah garisan-garisan tersebut dan tanpa persilangan kembali Tanda awal, maka downtrend akan meneruskan trend nya. Jika downtrend bertukar ke uptrend, anda hanya perlu kenal pasti sama macam tadi, SMA100 akan bersilang dengan SMA50 di panggil Golden Cross, dan tanda pengesahan pula apabila SMA200 bersilang dengan SMA100.

Ingin diingatkan untuk melihat perubahan Trend, yang lebih besar dan lama, gunakan pada Time Frame D1, tetapi untuk jangka waktu medium term trend, boleh digunakan pada Time Frame H4.

Cara Trading:
Anda boleh lihat dan trade pada persilangan Moving Average dengan menunggu masuk order apabila Moving Average bersilang. Macam biasa, Uptrend perlu BUY dan Downtrend perlu masuk SELL.

Moving Average sebagai Support & Resistance

Short-term MA bersilang ke atas long-term MA, juga boleh bertindak sebagai support and resistance di dalam pergerakan harga saham, dan dapat memberikan harga belian terbaik untuk saham yang sedang dalam pemerhatian pedagang. Buy signal muncul apabila harga saham melakukan breakout melintasi dan bergerak menaik di atas garisan MA.

Garisan ini juga boleh digunakan untuk menentukan titik stop loss apabila harga saham bergerak kembali ke arah garisan MA dan bersilang ke bawah garisan tersebut.

MA yang biasa digunakan ialah SMA21, SMA50, SMA100, SMA200 manakala time frame yang sesuai digunakan ialah TF H1, H4 dan Daily.

Apabila garisan-garisan SMA tersebut di bahagian atas harga semasa, ia akan menjadi Resistance dan apabila berada di bahagian bawah harga semasa ia akan menjadi support.

Cara Trading:
Anda boleh menggunakan konsep trade pada Support dan Resistance yang dilakarkan oleh SMA yang telah ditetapkan iaitu apabila harga menyentuh SMA utama iaitu SMA21, SMA50, SMA100 dan SMA200.

Dapat sesuatu?

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday & Majalah Labur

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz