STOP DOUBTING ONESELF AND SIMPLY ENJOY TRADING

275

Penting untuk berhenti meragui diri sendiri dan enjoy ketika trade”. Kata-kata ini adalah pesanan dari Bill Williams.

Bill Williams merupakan tokoh yang berpengaruh dalam dunia pasaran kewangan dan di gelar Moyang Psikologi Perdagangan Moden. Beliau ada pengalaman lebih 60 tahun dalam pasaran dagangan. Beliau juga telah mendidik ribuan orang di lebih 60 buah negara di setiap benua selama 30 tahun.

Beliau lahir pada tahun 1932 di Amerika dan meninggal dunia pada tahun 2019. William mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Fizik dan Kedoktoran dalam Psikologi.

Williams mula dikenali kerana mencipta beberapa indikator pada awal 1990-an yang menggunakan konsep dagangan yang sangat unik dan juga telah menghasilkan beberapa buah karya. Antara karya terbaik beliau ialah Trading Chaos, New Trading Dimensions & Trading Chaos: Second Edition.

Dari penulisannya, beliau menegaskan pasaran kewangan tidak dapat diramal sepenuhnya.  Jadi, pedagang harus alihkan tumpuan kepada psikologi dan tingkah laku terhadap pergerakkan yang berlaku dalam pasaran kewangan.

Untuk faham dan kenal pasti tingkah laku tersebut, Williams telah mencipta “Wiseman Indicators and the Alligator Trading System” untuk membantu para pedagang.

Antara Indikator beliau yang popular adalah Accelerator/Decelerator Oscillator. Indikator ini digunakan untuk mengukur kelajuan pergerakkan harga pasaran. Ia juga menunjukkan petanda awal sebelum berlakunya perubahan arah pasaran.

Alligator digunakan untuk kenal pasti kekuatan momentum sesuatu arah dalam pasaran. Ianya digunakan untuk mencari peluang sebelum masuk ke pasaran kewangan.

Awesome Oscillator pula digunakan untuk mengukur momentum harga pasaran dan mencari kebarangkalian untuk berlakunya perubahan arah pasaran.

Selain itu, Gator Oscillator pula bertujuan ntuk menyokong hujah sebelum membuat keputusan dalam pasaran. Peserta pasaran sering menggunakan indikator ini bersama “Alligator“.

Seterusnya ialah Fractals yang digunakan untuk tentukan purata pergerakkan harga pasaran. Manakala, Market Facility Index pula untuk mengukur jumlah peserta dalam pasaran.

Bagi Williams, trader perlu menggabungkan pemahaman  tentang struktur pasaran  yang terbentuk dengan kemampuan diri sendiri untuk manfaatkan setiap peluang.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL