Indikator Average True Range

234

Average true range atau ATR adalah sebuah indikator volatiliti. Tidak seperti indikator yang lain yang menunjuk arah trend pasaran atau kawasan overbought dan oversold, tapi ia memberitahu kepada kita apakah purata pergerakan harga berdasarkan pergerakan pasaran yang lepas.

Jadi macam mana nak guna indikator ATR ini dalam analisa pasaran, dan kenapa setiap trader perlu memiliki indikator ATR ini di dalam strategi trading mereka.

Pengambilan Utama

  • Average true range adalah sebuah volatiliti.
  • Tetapan asas yang biasa digunakan adalah period 14.
  • ATR selalu dipandang remeh oleh kebanyakan trader kerana ia tidak memberi tahu maklumat seperti arah trend pasaran.
  • Ia boleh membantu kita untuk kurangkan rasa risau dan takut semasa trading.

Asas Average True Range

ATR adalah sebuah indikator yang unik, tapi ramai trader tidak menggunakannya dalam strategi mereka kerana ATR tidak beritahu kepada trader tentang arah pergerakan harga atau dimana dan bila untuk buka posisi trade.

Disebabkan itu, indikator ini sering dipandang remeh oleh kebanyakkan trader. Tapi sebenarnya setiap trader wajib mempunyai indikator ATR ini dalam strategi mereka atas beberapa sebab.

  1. Indikator ini sangat membantu buat trader untuk tahu bila patut mereka tutup posisi trade mereka.
  2. Ia dapat kurangkan rasa takut kita ketika trading.

Terdapat 3 cara yang korang boleh gunakan indikator ATR:

  1. Mengetahui sasaran yang berpotensi Take Profit

Kaedah ini sangat bagus jika anda adalah intraday trader tapi boleh juga digunakan untuk swing trade. Sebagai contoh, katakan korang tengah trade pair EUR/USD dan harga semasa adalah 1.12100 dan berdasarkan analisa korang buat ia menunjukkan ciri-ciri bullish jadi korang ingin membuka posisi beli pada pair tersebut.

Tapi kat mana korang nak letak sasaran keuntungan tu?

Mungkin sebab harga telah capai membuat kawasan swing terbaru, maka tiada kawasan yang jelas untuk korang TP. Di situasi macam ni indikator ATR dapat bantu korang.

Bacaan ATR ini adalah 0.0020 itu bermaksud purata pergerakan yang lepas adalah sekitar 20 pip. Jadi korang letak Take Profit pada aras 20 pip dari kawasan korang buka pesanan tersebut iaitu sekitar 1.12300 kerana kita tahu harga boleh bergerak sebanyak 20 pip.

Tapi itu tidak bermakna harga tidak boleh bergerak melebihi 20 pip. Korang kena ingat ATR ni hanya bagi “purata” pergerakan harga berdasarkan sesi trading yang lepas.

2. Guna ATR untuk tahu Level Stop Loss

Kita juga boleh gunakan indikator average true range ini untuk tahu kat mana nak letak aras Stop Loss. Contoh keadaan, kita sudah membuat analisa dan ingin membuka posisi sell pada pair GBP/USD, harga semasa berada di 1.29530 dan bacaan ATR pula adalah 30 pip.

Ini bermaksud dalam 14 sesi trade yang lemas purata pergerakan akan adalah dalam 30 pip. Dengan mengetahui maklumat ini kita boleh letak SL pada jarak -30 pip daripada kawasan posisi trade.

Dalam contoh ini SL kita akan berada di 1.29830, tapi jika anda rasa jarak Stop Loss 30 pip terlalu kecil, boleh juga guna gandaan 2 kali atau 3 untuk lebih selamat.

Kalau bacaan ATR adalah 30 pip dan kita mahu jarak 2 kali ganda, maka aras SL akan berada pada jarak 60 pip.

3. ATR dapat bantu kurangkan rasa gelisah semasa trading.

Macam mana tu?

Korang mesti pernah alami situasi di mana, korang sedang mempunyai posisi trade yang aktif, tapi disebabkan harga lambat sampai ke kawasan sasaran , korang ambil keputusan untuk tutup posisi tersebut kerana rasa takut, ia ambil masa yang terlalu lama untuk bergerak.

Tapi tidak lama kemudian pasaran bergerak ke arah analisa selepas korang dah tutup posisi itu dan mula rasa menyesal kerana tutup posisi tersebut terlalu awal.

Dengan menggunakan indikator ATR ia dapat membantu korang untuk elak daripada terkena situasi seperti di atas, kerana ia boleh beri tahu kepada korang jangkaan masa berapa lama untuk harga bergerak dan sampai ke kawasan Take Profit korang.

Indikator ATR ini selalu dipandang remeh oleh trader kerana ia tidak menunjukkan maklumat seperti arah trend atau bila untuk buka posisi buy atau sell seperti kebanyakan indikator lain, tapi ia hanya tunjuk purata pergerakan harga.

Tiga cara di atas adalah antara cara yang terbaik untuk korang boleh gunakan indikator ATR dalam analisa dan disarankan untuk masukan indikator ini ke dalam strategi.

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1