Apa Kaitan Volume dan Price?

64

Dalam Bursa Malaysia, biasa trader/investor akan lihat PRICE. Price lambang untuk naik or turun sesuatu saham. Tetapi apa sebenarnya kaitan volume dan price?

Namun begitu VOLUME juga penting dalam SAHAM ini. Jika tiada VOLUME sesuatu saham itu akan “LAYU”.

“KAITAN VOLUME & PRICE”

So sebelum kita pergi detail tentang volume, kita fahamkan dahulu apa itu VOLUME?

Senang je korang formula untuk ingat

  1. Jika ramai BUY, so VOLUME HIJAU akan terbentuk
  2. Jika ramai SELL, so VOLUME MERAH akan terbentuk

Pertama: Kaitan Volume & Price

Volume merupakan asas untuk menyokong kenaikan harga sesuatu saham. Jika tiada volume, harga sesuatu saham tidak boleh pergi jauh. Itu pentingnya volume ini.

Jadi hukum pertama, VOLUME MAKIN NAIK PRICE MAKIN NAIK. Ini dinamakan MOMENTUM. Kenaikan harga saham tersebut disebabkan support dari volume.

Volume yang ada juga menggambarkan DEMAND yang tinggi kepada SAHAM tersebut.

Kedua: Kaitan Volume & Price

VOLUME MAKIN TURUN TETAPI HARGA SEMAKIN NAIK. Ianya bersifat sementara kerana masih mempunyai momentum dari support volume sebelum ini.

Just para Trader/Investor perlu alert kerana saham tersebut akan berlaku penurunan harga selepas berakhirnya momentum kenaikan.

Kenapa VOLUME kurang? Minat untuk saham ini berkurangan dan faktor-faktor banyak sebagai contoh QR tidak cantik, masalah hutang, masalah projek jika ada projek, new dan lain-lain lagi.

Itu semua perlu selalu membaca untuk dapatkan info.

Ketiga: Kaitan Volume & Price

VOLUME MAKIN NAIK TETAPI HARGA SEMAKIN TURUN disebabkan saham itu sudah kehabisan momentum untuk naik lagi.

Disini kita akan tahu yang chart saham itu akan REVERSAL. Trader/Investor perlu alert untuk mengelakkan SANGKUT DI PUNCAK.

Keempat: Kaitan Volume & Price

VOLUME BUY MENURUN DAN BERLAKU VOLUME SELL, PRICE MAKIN MENURUN.

Ini mungkin saham itu akan jatuh ke harga paras lantai dan memerlukan momentum baru untuk PUSH UP. Ia akan mengambil masa.

jadi jangan BUY jika dalam sesuatu ini. Takut sangkut di PUNCAK. Menangis tidak berlagu nanti.

Setakat ini dahulu untuk Apa kaitan Volume & Price, semoga bermanfaat dan masuk ENTRY POINT yang betul untuk membuat PROFIT dalam BURSA MALAYSIA.

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1