Asas | Moving Average (MA)

981

Moving Average adalah antara indikator yang paling mudah dan banyak digunakan oleh kebanyakan trader tidak kira professional trader mahupun newbies trader.

Apa itu Moving Average? 

Moving Average (MA) atau Pergerakan Purata merupakan lagging indicator di mana jumlahnya adalah hasil harga purata dikira bagi tempoh masa yang tertentu. Tempoh tertentu itu bergantung kepada Time Frame yang pilih dan juga berapa Period yang kita tetapkan.

Sebagai contoh, jumlah hari yang banyak digunakan seperti 20 hari untuk short-term, 50 hari untuk mid-term dan 200 hari untuk long-term mengikut kesesuaian objektif pedagang.

Moving Average ini juga akan membentuk satu garisan bengkok, bergantung kepada Time Frame yang dipilih.

MA ni pula terdapat Dua jenis yang terkenal dan biasa digunakan adalah Simple Moving Average (SMA) dan Exponential Moving Average (EMA), di mana SMA dikira menggunakan formula purata harga biasa manakala EMA pula dikira dengan lebih weightage kepada harga di hari yang terdekat berbanding hari yang lebih jauh.

Untuk memahami Istilah Moving Average, jenis-jenis moving average dan cara formula pengiraannya dengan lebih mendalam boleh klik disini.

Kali ini Saya nak share kat anda Asas Moving Average yang boleh digunakan dalam Trading.

Tapi sebelum tu, mari kita faham kan dulu cara MA ini berfungsi

Jom Mula!

MA200 pada Time Frame Daily bermaksud Pergerakkan Purata untuk 200 hari ( 1 batang candlestick mewakili satu hari, jadi period 200 bermaksud 200 x 1hari bersamaan 200 hari)

Jika MA50 pada Time Frame H1 pula, bermaksud pergerakan purata untuk 50jam (1 Batang candlestick mewakili satu jam, jadi period 50 bermaksud  50 x 1 jam bersamaan 50 jam)

Jika MA15 pada Time Frame M5, bermaksud pergerakan purata untuk 75 minit (1 Batang candlestick mewakili tempoh 5 minit, jadi period 15 bermaksud 15 x 5 minit bersamaan 75 minit)

Faham?

Ada dua kegunaan Moving Average yang biasanya digunakan dalam Trading.

  1. Menentukan satu garisan support dan resistance
  2. Menentukan trend.

Dapat sesuatu?

Untuk mempelajari cara Trade Menggunakan Moving Average boleh Tekan disini

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday & Majalah Labur

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz