BOLEH KE MELABUR KETIKA EKONOMI GAWAT?

250

Dalam zaman pasca pandemic yang berlaku pada 2020 dulu. Buatkan ekonomi di seluruh dunia sekarang ini agak mencabar, tidak menentu dan mengambil masa lama untuk pulih.

Mungkin ada yang kata melabur ketika ekonomi tak menentu banyak risikonya. Ada juga yang kata, waktu terbaik untuk melabur adalah ketika ekonomi gawat.

Tak kira lah mana yang betul. Yang penting anda ikut panduan ini:

#1. Ikut Perancangan

Setiap pelabur mesti ada rancangan pelaburan tersendiri. Perancangan pelaburan bergantung pada tahap risiko yang boleh diterima dan tempoh jangkaan pulangan pelaburan yang ingin dicapai.

Kalau kita telah tetapkan pulangan pelaburan dalam tempoh tertentu. Ikut saja perancangan yang dah dibuat. Turun naik pasaran adalah perkara biasa dalam pelaburan.

Ada pasaran yang jatuh ketika kegawatan ekonomi akan meningkat bila keadaan ekonomi pulih seperti sediakala.

#2. Pelbagaikan Portfolio Pelaburan

Jangan letakkan telur dalam satu bakul sahaja. Kalau satu bakul jatuh, habis semua pecah. Macam tu juga dengan pelaburan.

Pelbagaikan portfolio pelaburan anda. Supaya dapat kurangkan risiko kerugian. Anda boleh melabur dalam pelbagai sector seperti hartanah, emas dan pelbagai lagi. Cara ini dapat bantu elakkan panik jika pasaran sektor tertentu jatuh atau sedikit menurun.

#3. Melabur Secara Konsisten

Kaedah yang efektif dalam pelaburan jangka masa panjang adalah Dollar Cost Averaging (DCA). Teknik ini mendorong anda untuk sentiasa melabur sama ada ekonomi gawat atau ekonomi tengah berkembang. Jika ekonomi tengah gawat dan harga pasaran jatuh, kita akan mendapat lebih banyak unit.

Tapi, jika ekonomi tengah berkembang dan harga pasaran meningkat, kita akan mendapat unit yang sedikit.

Teknik ini biasanya digunakan dalam pelaburan unit amanah kerana objektifnya hanya mengumpul unit dan melabur secara konsisten.

#4. Kawal Emosi

Dalam melabur, anda perlu bijak mengawal emosi. Dah nama pun pelaburan, mesti ada risiko kerugian. Sabar adalah kunci utama dalam pelaburan. Jangan terikut-ikut dengan orang lain.

#5. Dapatkan Nasihat Profesional

Kalau ada keraguan atau masih ada yang tak faham tentang sesuatu Teknik, dapatkanlah khidmat nasihat pelaburan dari mereka yang pakar. Bagi pelabur baru, anda boleh dapatkan tips dari remisier atau dealer masing-masing.

Anda juga boleh dapatkan khidmat perancang kewangan berlesen untuk membuat perancangan pelaburan.

Anda mesti faham yang pelaburan adalah satu teknik untuk mengelak kuasa inflasi tetapi dalam melabur perlu ada strategi dan ilmu.

Jangan terikut-ikut dengan orang lain dan akhirnya sendiri yang rugi. Melaburlah ikut tahap penerimaan risiko masing-masing.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL