KISAH PEMILIK BERKSHIRE HATHAWAY, SAHAM TERMAHAL DUNIA

234

Warren Buffet merupakan tokoh pelaburan dunia yang lahir pada 30 Ogos 1930 di Nebraska.

Beliau adalah CEO dan pemegang saham termahal Berkshire Hathaway. Nilai asset beliau mencecah US$96 bilion dan merupakan orang ke-6 terkaya dunia meurut Forbes.

Buffet terlibat dengan dunia pelaburan sejak kecil lagi. Beliau membeli saham syarikat minyak, Cities Service, dengan harga $38 ketika umur 11 tahun.

Masa umur 15 tahun, Buffet ambil upah sebagai penghantar surat khabar dengan gaji US$175 sebulan.

Beliau juga membeli pinball machine yang berharga US$25 untuk letak di kedai gunting rambut. Lepas dapat sambutan, beliau tambah lagi dua unit. Kemudian, beliau jual bisnes pinballnya kepada pesara tentera dengan harga US$1200.

Ketika berumur 20 tahun, Buffet mohon untuk belajar di Harvard University. Namun ditolak.

Jadi beliau sambung belajar ke Columbia University lepas dapat tahu yang Ben Graham dan David Dodd mengajar disana. Dua orang ini adalah penganalisis sekuriti yang terkenal pada zaman tu.

Lepas tamat belajar, Buffet ditawar bekerja dengan Graham dengan gaji tahunan US$ 12,000 setahun.

Kemudian, pada 1956 Graham bersara. Namun, tempoh yang agak singkat itu cukup untuk beliau belajar. Dari situ beliau melabur ke syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang tinggi tetapi kurang dinilai oleh pelabur saham.

Keputusannya untuk melabur, membuatkan dirinya menjadi jutawan. Antara syarikat yang dilaburnya ialah syarikat tekstil yang bernama Berkshire Hathaway.

Kemudian, pada 1956 beliau bekerja sendiri dan menubuhkan Buffet Associates Ltd dengan dana sebanyak US$ 105,000.

Dalam tempoh 13 tahun, nilai pelaburan meningkat kepada US$ 105 juta. Beliau juga tidak mengalami sebarang kerugian walaupun terdapat turun naik dalam pasaran saham.

Buffett mula mengumpul stok saham syarikat tekstil itu dan berjaya menjadi pelabur saham utama untuk syarikat tersebut.

Sejak itu, beliau memberikan fokusnya kepada Berkshire Hathaway dan membubarkan perniagaan perkongsian yang lain.

Buffet berpegang dengan prinsip utamanya ‘Never Lose Money’ untuk berjaya dalam saham. 

Buffet sangat teliti mengkaji sebelum beli saham. Beliau tak mudah terpengaruh dengan khabar angin, desakan atau terikut-ikut orang.

Sikap dan prinsipnya itu membuatkan Buffett berjaya dalam bidang saham.

Perasan tak kebanyakkan orang Berjaya mesti ada mindset dan planning yang jarang ada pada orang biasa.  

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL