TRADER YANG DIGELAR “GOD OF THE MARKET”

293

Kisah kali ini, adalah mengenai seorang trader yang telah mencipta Price Action Trading dan Japanese Candlestick.

Munehisa Homma, beliau dikatakan telah mencapai keuntungan sebanyak 10 billion dan mendapat gelaran “God of The Market” di zamannya. Beliau adalah seorang peniaga beras Jepun yang tinggal di kota Sakata antara tahun 1725 dan 1803. Beliau juga berasal dari keluarga peniaga beras yang terkenal dan kaya.

Ketika remaja, Homma sudah mula kendalikan perniagaan beras keluarganya. Kemudian, apabila ayahnya meninggal dunia, perniagaan beras tersebut telah diserahkan kepada beliau. Sejak itu, beliau nekad untuk pergi ke Osaka dan berniaga dengan membuat pertukaran beras di sana.

Pertukaran beras Osaka sangat berbeza dengan pertukaran di tempat asalnya iaitu Sakata Pertukaran Sakata hanya boleh menjual beras di pertukaran itu dengan peniaga beras lain. Tetapi di pertukaran Osaka, system jualan beras mereka tidak disampaikan secara fizikal tapi melalui kupon yang diberikan oleh peniaga beras.

Pada masa inilah, Homma dapat belajar banyak konsep perdagangan termasuk candlestick. Corak candlestick yang beliau belajar membentuk dasar utama strategi dagangannya. Corak ini membolehkan beliau melihat psikologi keseluruhan orang di pasaran. Justeru, memberi kelebihan besar pada semua traders lain di pasaran.

Setakat ini, tiada seorang pun yang betul-betul tahu dengan tepat bagaimana Homma menemui corak-corak candlestick. Beliau dikatakan telah menemui corak ini sebelum tahun 1755 lagi.

Pada tahun 1755 beliau telah menulis sebuah buku dengan tajuk, “The Fountain of Gold, The Three Monkey Record Of Money”. Dalam buku tersebut telah diterangkan bagaimana untuk memahami psikologi peniaga lain. Buku ini ditulis untuk mereka yang nak berjaya dalam pasaran beras.

Homma adalah orang pertama yang memperkenalkan semua corak ini. Homma bukan saja jadi orang pertama yang mengesan pasaran beras menggunakan carta. Beliau juga merupakan trader pertama yang memperkenalkan tentang pasaran yang bergerak dalam trend.

Kalau tiada Homma ni, mungkin sampai sekarang susah untuk faham apa yang sedang berlaku dalam pasaran.

Tambahan lagi, Homma juga telah menjadi trader yang berjaya di pertukaran beras Osaka. Kerajaan Jepun juga telah menjadikan beliau sebagai penasihat kewangan selepas melihat kebolehan beliau dalam bidang perdagangan.

Beliau juga telah bekerja dengan maharaja Jepun dan mendapat gelaran samurai yang dihormati. Ia adalah satu penghormatan yang paling tinggi dan pencapaian yang hebat bagi seorang lelaki yang cuma bermula sebagai pedagang beras.

Apa yang buatkan Homma berjaya adalah dengan menyedari bahawa kejayaan dalam pasaran bukanlah dari keputusan yang rasional dan logic. Tapi dengan mengelak dari buat keputusan berdasarkan emosi seperti ketakutan dan ketamakan.

Kini, konsep perdagangan beliau cukup dikenali para pedagang dan pelabur seluruh dunia.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL