PELABUR TERKENAL DARI SILICON VALLEY

247

Pernah dengar tentang bekas eksekutif Facebook yang terkenal melakukan kaedah SPAC dalam pasaran saham?

Beliau adalah Chamath Palihapitiya, terkenal dalam kalangan pelabur era mileneal. Kalau nak tahu, beliau antara orang penting dalam perkembangan Facebook tau.

Chamath Palihapitiya merupakan anak imigran yang berasal dari Sri Lanka. Ibu bapa beliau berhijrah ke Kanada ketika perang saudara di negaranya. Niat keluarganya untuk mencari kehidupan lebih baik. Namun, Kehidupan sebagai imigran, taklah begitu mudah.

Bapanya tidak ada kerja tetap. Manakala ibunya pula cuma pembantu restoran. Disebabkan itu, beliau tekad untuk ubah hidup keluarganya.

Pada tahun 1999, beliau berjaya tamatkan pengajian di Universiti Waterloo. Kerjaya pertama beliau adalah sebagai trader di syarikat pelaburan BMO Nesbitt Burns. Namun, setahun kemudian beliau mula rasa yang syarikat tersebut tidak menepati keiginannya.

Sejak itu, Chamath Palihapitiya telah berpindah ke Silicon Valley. Tambahan lagi, waktu itu internet tengah berkembang dan memberi peluang cerah pada beliau.

Kemudian pada usia 26 tahun, beliau berjaya menjadi Vice President untuk AOL Messenger yang merupakan syarikat terkenal dalam dunia internet ketika itu.

Pada tahun 2005, beliau mula menyertai Facebook. Ketika itu, Facebook baru saja bermula dan beliau antara orang paling penting dalam Facebook. Tugas beliau adalah untuk kembangkan database Facebook dan jadi penasihat syarikat Facebook.

Pada masa sama, beliau turut mula melabur dalam beberapa syarikat start up di Silicon Valley. Pada tahun 2011, beliau tinggalkan Facebook dan tubuhkan sendiri syarikat venture capital yang dikenali sebagai Social Capital. Syarikat beliau merupakan syarikat teknologi yang dikatakan akan berkembang pada masa depan.

Chamath Palihapitiya sering berkomunikasi melalui twitter dengan mendedahkan pembelian syarikat awam kepada umum. Beliau juga membuat analisis mengenai saham yang dibeli kepada pengikutnya. Perkara ini menyebabkan beliau makin ramai pengikut.

Selain itu, beliau juga ada memiliki syarikat secara SPAC seperti Virgin Galactic yang merupakan syarikat penerbangan ke angkasa. Beliau kemudiannya menjual sebahagian syarikat tersebut dan mendapat untung sebanyak 213 juta.

Ouh ye kalau nak tau. Kenapa SPAC jadi pilihan beliau?

Ini kerana kaedah SPAC telah menjadi pilihan pelabur disebabkan beberapa faktor seperti mudah untuk apungkan saham tanpa perlu buat roadshow untuk yakinkan pelabur.

Beliau juga pernah membeli syarikat Clover Health secara SPAC. Namun, timbul kontroversi. Kononya, ada masalah dalaman disebabkan short selling. Sebabkan itu, pihak SEC telah membuka siasatan bagi mengelak salah guna duit pelaburan. Namun, tiada bukti kukuh yang Chamath Palihapitiya terlibat dengan kesalahan tersebut.

Kebanyakan SPAC yang dilakukan beliau berjaya memberi keuntungan luar biasa kepada pelabur. Hingga beliau digelar sebagai King of SPAC Amerika Syarikat.

Demikian itu, Chamath Palihapitiya telah menjadi inspirasi kepada golongan millennial dalam pelaburan. Tambah lagi, kini beliau mempunyai kekayaan sebanyak 1.1 billion.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL