Chart pattern | Banyak Mengubah Hidup Aku

631

Apa khabar jutawan – jutawan trader. Long time no see..

Da seminggu aku tak update article. So harini aku nak cerita sedikit sebanyak tentang chart pattern yang banyak mengubah hidup aku dalam dunia trading. Aku akan cerita juga tentang basic yang perlu korang tahu supaya korang dapat knowledge dalam article harini.

Apa benda chart pattern tu?

Chart pattern ialah formasi tersendiri yang dicipta oleh pergerakkan corak asas analisis yang terbentuk dari pergerakkan harga (price action) malah ia dapat membantu untuk predict atau menjangka hala tuju yang mungkin akan dilakukan oleh price action berdasarkan pergerakkan yang telah berlaku pada masa sebelumnya. Corak dikenal melalui line yang telah dihubungkan melalui titik harga biasa seperti close price atau harga tinggi dan rendah dalam tempoh masa tertentu.

Untuk pengatahuan korang, ada beberapa chart pattern yang paling popular dan banyak digunakan oleh trader otai, contoh nya;

  1. Head and Shoulders
  2. Double Top
  3. Double Bottom
  4. Rounding Bottom
  5. Cup and Handle
  6. Wedges
  7. Pennant or Flags
  8. Ascending Triangle
  9. Descending Triangle
  10. Symmetrical Triangle

Selalunya, chart pattern digunakan dalam trading candlestick yang menjadikannya mudah untuk melihat pembukaan dan penutupan market yang lepas. Sesetengah pattern sesuai pada market yang tidak menentu, manakala yang lain sebaliknya. Sesetengah patterns bagus digunakan dalam pasaran menaik (Bullish market), manakala yang lain sesuai digunakan apabila pasaran menurun (Bearish market).

TETAPI penting untuk kita mengatahui semua chart pattern, bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” kerana terdapat bermacam bentuk dan pergerakan yang dihasilkan oleh price action dalam pasaran.

Ciri-ciri chart pattern

Chart pattern terdiri daripada tiga kategori;

  • Corak kesinambungan (Continuation pattern)

kesinambungan menandakan bahawa ongoing trend akan berterusan.

  • Corak pembalikan (Reversal chart pattern)

Corak pembalikan menunjukkan bahawa arah aliran mungkin akan berubah arah

  • Corak dua hala (bilateral chart pattern)

Corak carta dua hala memberitahu trader bahawa harga boleh bergerak pelbagai arah, bermakna pasaran sangat tidak menentu.

Berbalik pada main topic, chart pattern yang banyak mengubah hidup aku.

Untuk menjadi seorang trader ni kita ada pilihan sama ada nak follow orang atau kita belajar teknikal dan entry trade with our own knowledge. Masing- masing ade pros and cons dia..bila aku follow trader yang provide signal, jujur aku rasa macam lembu dicucuk hidung, ikut je ape dorang bagi, ikut je bila kene entry, sampai bila nak macam tu?

Then aku decide nak belajar, walaupun tak faham apa-apa, aku start dulu belajar dengan basic knowledge. Dari situ aku kenal pelbagai chart pattern yang mana semua tu berlaku dalam pergerakkan market, macam double top, head and shoulder.

Dekat Head and shoulder the first moment aku practice kan ape yang aku belajar selepas dia buat reversal, second shoulder, dah sampai neckline aku terus mapping untuk cari setup target price akan pergi.

Then, DANG!! I made it bruh..

Teruja, gembira, seronok bila first setup kau menjadi, hasil dari effort kau gain knowledge and buat backtest.

See! Tak rugi pon korang belajar, sebab apa…

Ilmu tu akan memberi manfaat pada kita satu hari nanti.

Nak belajar trade?

Sampai bila nak follow signal je.

Jomm belajar ilmu trading dengan trader yang bertauliah!

Layari www.goldensop.com  untuk pelajari saham secara PERCUMA.

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin