Double Top | Profit dari Kepala!

867

Tahukah anda? Double top ni salah satu kroni kroni Chart Pattern, tapi masih ramai trader baru yang belum jelas tentang pengertian Double Top kerana masih bergantung pada indikator sebagai signal trading. So, harini kita akan bincangkan apa itu Double Top pattern.. selamat membaca traders sekalian!

Apa itu Double Top?

Double Top ialah corak pembalikan teknikal menurun (Bearsih Technical reversal pattern) yang terbentuk selepas aset mencapai harga tinggi dua kali berturut-turut dengan penurunan sederhana antara dua tertinggi. Ianya berlaku apabila market bergerak membuat high baru dan turun retrace semula. Kemudian market bergerak semula ke arah trend untuk membuat lower low yang baru. 

“Top” ialah puncak yang terbentuk apabila mencecah paras tertentu yang tidak boleh ditembusi.

Selepas mencapai tahap ini, price akan melantun sedikit tetapi kemudian kembali semula untuk menguji paras itu semula. Jika price melantun dari paras itu sekali lagi, maka anda sudah mempunyai Double Top!

Dalam carta di atas anda boleh melihat bahawa dua puncak telah terbentuk selepas kenaikan yang strong.

Double Top mempunyai 2 puncak dan neckline.

Ingat! Double Top ialah pembentukan pembalikkan trend (Trend reversal formation), so anda boleh mencari nya selepas terdapat aliran menaik yang kuat. Dan anda akan lihat juga pembentukan dua puncak yang sama.

Simpan dalam minda! Corak pattern ini berguna dalam menetapkan sasaran keuntungan!

Nak tahu lebih lanjut? tentang pelbagai teknik dalam pelaburan SAHAM ataupun OPTION? terdapat seminar kursus untuk anda memulakan perdagangan. Kelas 100% PERCUMA diberi kepada pelabur baru, hanya dengan mendaftar di www.goldensop.com

Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin