Bagaimana Teknik Bullish Pattern-Cup With Handle Berfungsi

150

Maksud cup & handle

Cup atau cawan yang dimaksudkan di sini bukanlah cawan yang digunakan oleh kita untuk minum, tetapi ianya sejenis petunjuk teknikal yang membuat bentuk seakan-akan bentuk lengkungan mangkuk cawan. Cawan tersebut membuat bentuk “U” manakala pemegangnya (handle) sedikit menurun ke bawah sebelum membuat kenaikan untuk mencapai bentuk cawan yang sempurna.

Teknik ini digemari ramai kerana ia memberikan petanda bahawa kenaikan harga saham akan berlaku. Kebiasaannya, pembentukan corak cup with handle ini boleh berlaku dalam jangka masa 7 sehingga 65 minggu.

Bagaimana teknik ini berfungsi?

Cup haruslah menyerupai bentuk mangkuk atau bahagian bawah berbentuk bulat (rounding bottom). Pembentukan yang sempurna mestilah mempunyai ketinggian yang sama di kedua-dua sisi, namun kebiasaannya pembentukan pemegang yang sempurna jarang berlaku.

Untuk mengenal pasti corak cup with handle, pelabur perlu memastikan cup mempunyai bentuk “U”, kerana bentuk ini menandakan tanda kenaikan yang kuat. Akan tetapi, cup yang terbaik hendaklah tidak terlalu dalam kerana handle akan terbentuk kurang separuh dari kedalaman cup itu. Pembentukan cup with handle ini juga bergantung kepada pergerakan volume, dimana volume bertindak sebagai penanda untuk pengesahan teknik ini.

Cup with handle ini berlaku apabila sesuatu saham itu telah mencapai kenaikan harga yang tinggi kemudian menghadapi tekanan penjualan akibat pengambilan keuntungan. Harganya akan jatuh dan seakan-akan cenderung ke fasa penurunan. Namun, penurunan itu akan membuat dasar untuk beberapa ketika sebelum membuat kenaikan. Teknik cup with handle ini boleh dikatakan corak kesinambungan kenaikan harga dan boleh dianggap sebagai peluang untuk pelabur.

Kekurangan teknik cup & handle

Seperti teknik dagangan yang lain, teknik cup with handle ini juga tidak boleh lari dari kekurangan. Antara kekurangan tersebut adalah:

  • Pembentukan kebiasaannya memakan masa yang lama, oleh itu membuatkan keputusan pelabur untuk melakukan pelaburan menjadi lambat. Kadang-kala pembentukan juga boleh jadi dengan cepat, sejurus itu boleh membuatkan corak ini menjadi samar-samar.
  • Pembentukan boleh menjadi penanda palsu dan tidak membuat kenaikan.
  • Pembentukan cup boleh terjadi tanpa handle. Justeru, tiada retracement yang akan berlaku dan menyebabkan pelabur terlepas peluang.

Kesimpulan

Setiap teknik hanyalah bertindak sebagai pembantu kepada pelabur sebelum memulakan dagangan. Walaupun teknik cup with handle mempunyai sejarah kenaikan yang cemerlang, hakikatnya, pelabur masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum melakukan dagangan. Pelan dagangan perlulah dibuat untuk mengurangkan risiko jika teknik yang digunakan tidak menjadi.

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis :Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1