KISAH MICHAEL MARCUS JANA KEUNTUNGAN 80 JUTA DENGAN MODAL 30K

218

Pernah dengar kisah Michael Marcus yang berjaya gandakan $30,000 menjadi $80 Juta?

Beliau adalah penganalisis penyelidikan komoditi untuk sebuah broker besar dan seorang pelabur yang sangat berjaya.

Awalnya, pada tahun 1969, Marcus menamatkan pengajian di Johns Hopkins University, Phi Beta Kappa. Beliau mempunyai PHD dalam bidang psikologi. Mulanya Marcus sangka beliau menjadi pakar psikologi.

Tapi ditakdirkan, beliau bertemu dengan seseorang yang Bernama John. Kononya John ada kemahiran untuk gandakan wang setiap dua minggu. Oleh itu, Marcus mengupah John sebagai penasihat dengan bayaran sebanyak 30 USD seminggu. Modal permulaanya pula lebih kurang 1,000 USD.

PELABURAN PERTAMA MARCUS

Pelaburan pertama Marcus dengan John adalah dalam saham Soybeans. Malangnya, tak lama lepas itu, harga soybean jatuh dan mereka rugi sebanyak 100 USD. Disebabkan sikap naif dan terlalu ingin keuntungan. Marcus rugi begitu saja.

Sejak kerugian itu, John Tarik diri. Tapi, Marcus tak mudah putus asa dan tetap ingin teruskan. Beliau habiskan banyak masa untuk belajar strategi dan Teknik untuk kuasai dunia pelaburan.

Beliau membaca buku tulisan Chester Keltner berkenaan perdagangan wheat dan soybean. Beliau turut mengikut cadangan market letter untuk saham gandum dan berjaya buat keuntungan pertama sebanyak 200 USD. Marcus membeli setiap kali harga menurun di bawah julat dan menjualnya apabila harga naik tinggi.

Pada 1970, Marcus berjaya mengumpulkan sebanyak 30,000 USD hasil dari pelaburan. Kemudian, Marcus meminjam sebanyak 20,000 USD dari ibunya ditambah dengan wangnya 30,000 USD untuk dilaburkan.

Mulanya pasaran nampak stabil. Tapi, tak lama kemudian harga mula jatuh. Beliau ingin keluar tapi keliru dan tak tau apa yang perlu dibuat. Akhirnya, beliau putuskan untuk keluar sebab dah tiada wang.

Beliau kemudiannya mula pelbagaikan jenis perdagangan komoditi dan memisahkan modal awalnya menjadi $30,000 saja. Satu hari, terdapat news tentang hama yang akan serang tanaman. Lalu, Marcus beli saham tersebut.

Akibatnya semua modal yang dipinjam dari ibunya, hilang macam tu saja. Disebabkan semua wang dah habis, Marcus ambil keputusan untuk bekerja sebagai penganalisis penyelidikan di Reynolds Securities.

PERTEMUAN DENGAN ED SEYKOTA

Tak lama lepas itu, beliau bertemu dengan Ed Seykota yang merupakan pengikut trend terbesar sepanjang masa. Sejak itu, Marcus mula melabur guna duit sendiri dan belajar dari Ed Seykota. Dari situ, sikit-sikit beliau berjaya buat keuntungan.

Beliau juga banyak belajar dari bull market pada tahun 1970, yang menguntungkan para pengikut trend. Selepas itu, beliau join Commodities Corporation dan mula melabur sebanyak $30,000 daripada modal syarikat itu. Tak sampai 20 tahun, Marcus berjaya gandakan $30,000 kepada $80 juta.

KESIMPULAN

Untuk berjaya, kita haruslah kuat berusaha dan jangan cepat mengalah. Usahalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Jadikan kesilapan lalu sebagai pembelajaran untuk kita jadi lebih dari sebelumnya.

Bermula dari zero dan tak tau selok-belok pelaburan. Sedikit demi sedikit beliau mula memahami basic peraturan perdagangan. Antaranya seperti menganalisa kedudukan yang menguntungkan dan mengurangkan kerugian.

Percayalah, kalau ada kesungguhan untuk belajar dan berani menghadapi risiko. Kita pun boleh berjaya.

Rujukan: Penulisan sumber dari https://www.quantifiedstrategies.com

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join Telegram SuperScalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page SuperScalper

https://www.facebook.com/superscalper