KISAH MAHARAJA PASARAN SAHAM – Joseph Granville

217

Siapa dia maharaja stock market dan kenapa dia digelar sebegitu? Adakah sebab beliau memiliki kebolehan luar biasa?

Joseph Granville, merupakan seorang forecasters yang berpengaruh dan mempunyai rekod yang sangat baik pada 1970-an hingga awal tahun 1980-an.

Beliau adalah pelabur professional terawal yang mempopularkan penggunaan indikator berbanding fundamental analisis. Beliau turut menjadi penganalisis teknikal yang dihormati pada zamannya dengan memperkenalkan indikator On Balance Volume (OBV).

ADA KUASA GERAKKAN PASARAN?

Dikatakan juga, Granville ada kebolehan menggerakkan pasaran. Betul ke beliau sehebat ini?

Kisah bermula pada 6 Januari 1981, Granville mengumpulkan pengikutnya dari kalangan pelabur di seluruh dunia. Tepat jam 6 petang, beliau memberitahu hampir 3,000 orang dengan ayat, “Sell the market, sell everything.”

Esok paginya, broker dibanjiri dengan sell orders dan Dow Jones Industrial Average (DJI) yang turun dengan mendadak. Kejatuhan yang berlaku pada hari tersebut adalah 3 kali ganda dari peristiwa Black Thursday 1929.

Nampaknya, isyarat jualan Granville dah mencetuskan panik dalam pasaran kewangan dunia. Sejak itu, Granville mula dijulang dan dikagumi. Kelas-kelas atau seminar yang dibuat juga selalu mendapat sambutan hangat.

Ramai yang anggap beliau empat kali lebih berkuasa dari Federal Reserve (Bank Pusat Amerika Syarikat). Mana taknya, ramai pemain pasaran yang membuat keputusan atas nasihat beliau.

Tak terhenti dengan satu news, Granville muncul lagi pada 22 September 1981. Beliau memberitahu bahawa Tokyo Exchange sudah topped out. Hari seterusnya, pasaran mula turun dengan ketara.

Granville juga pernah memberi amaran melalui radio London bahawa saham British boleh jatuh ke tahap yang tidak pernah dilihat selama 7 tahun sebelumnya. Beberapa hari lepas tu, terbukti yang kata-kata Granville memang benar.

KENAPA GRANVILLE BERIYA-IYA SANGAT BERITAHU SEMUA ORANG DENGAN RAMALANYA?

Dalam buku The Book of Granville (1984). Beliau menulis kisah bapanya iaitu W. Irving Granving yang pernah rugi sebanyak $ 100,000 semasa kejatuhan pasaran saham 1929. Modal yang dikeluarkan itu adalah dana yang dipinjam dari keluarga.

Pengalaman dasyat yang di alami bapanya, membuatkan Granville sensitif terhadap realiti ekonomi dan keadaan pasaran.

MENULIS 19 BUAH BUKU

Granville adalah graduan dari Duke University. Lepas tamat belajar, beliau bekerja di E.F Hutton & Co sebagai penulis market letter. Dari situlah, Granville mula membina reputasi sebagai penulis di E.F Hutton & Co. dan tulisannya dibaca oleh ribuan orang.

Pada 1976, Granville telah menulis sebanyak 19 buah buku yang meramalkan bear market akan berlaku pada tahun 1977-1978. Ramalannya sangat tepat apabila Dow Jones Industrial Index telah jatuh sebanyak 26%.

Rakan kolejnya, Robert Stovall menggelar Granville sebagai maharaja dalam pasaran pada zaman itu. Kata rakannya, “kalau beliau turunkan ibu jari, sekelip mata pasaran akan jatuh”.

REPUTASI MULA JATUH

Tapi malangnya, tahun demi tahun ramalan Granville semakin tidak tepat. Pada awal 1980-an, beliau menulis market letter yang memberi amaran tentang bencana pasaran saham. Granville menyuruh pelabur ambil position short untuk manfaatkan kejatuhan pasaran.

Tapi, sebaliknya apa yang berlaku bertentangan dengan ramalan beliau. Granville cuba yakinkan pelabur apa yang berlaku itu cuma bubble yang sedang menunggu masa untuk pecah.

Pada tahun 1984, Granville sekali lagi memberitahu tentang kejatuhan pasaran semakin dekat. Akibatnya, ramai pelabur yang terlepas peluang membuat untung ketika bull market. Disebabkan itu, reputasinya sebagai penggerak pasaran jatuh begitu saja.

KESIMPULAN

Jadi, dari kisah ni kita boleh nampak yang ramalan tak semestinya dijamin tepat 100%. Sebab itulah sebagai pelabur anda tak digalakkan bersandar 100 peratus tentang maklumat saham dengan orang lain.

Penafian: Penulisan sumber dari https://www.nytimes.com

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper:

https://www.facebook.com/superscalper