Jenis-jenis Trend Channel

144

Bila kita dengar tentang “channel” mereka tidak bermaksud channel pada siaran kaca tv tu, tapi apa yang mereka maksudkan adalah channel garisan supportdan resistance atau dikenali sebagai “trend channel”

Di perkongsian kali ini korang akan belajar tentang channel dalam trading, macam mana nak lukisan garisan channel dan macam mana nak trade guna channel.

Apa itu Trend Channel Trading

Konsep channel ini sama macam trendline, ia menunjukkan sebuah garisan dimana potensi kawasan SnR.

Cuma apa yang beza antara channel dan trendline adalah trendline hanya gunakan satu garisan yang menunjukkan satu paras sahaja dalam satu masa (aras support atau resistance). Manakala channel menggunakan 2 garisan yang menunjukkan dimana kawasan support dan resistance.

Channel berlaku apabila harga bergerak diantara dua garisan trendline yang selari. Channel juga adalah salah satu teknik teknikal analisa yang digunakan trader untuk tahu dimanakah kawasan yang bagus untuk beli atau jual dan pada masa yang sama ketahui arah trend semasa.

Cuba korang tengok contoh channel di atas, ia kelihatan seperti harga bergerak dalam terowong.

Jenis-jenis Trend Channel

Terdapat 3 jenis channel trend yang berlaku dalam pasaran.

1. Up Channel

Up channel bermaksud up trend, dan ia berlaku apabila harga sedang bergerak dalam keadaan uptrend.

2. Down Channel

Seperti namanya, down channel berlaku ketika harga bergerak dalam downtrend.

3. Horizontal Channel

Berlaku ketika pasaran sedang bergerak dalam keadaan mendatar atau sideways, tiada arah trend.

Channel trend adalah salah satu kaedah yang bagus untuk kenal pasti kawasan SnR yang terdapat dalam pasaran.

Satu perkara yang anda perlu ingat apabila trade menggunakan channel trend adalah jangan cuba untuk paksa garis channel korang untuk kelihatan cantik. Kadang-kadang channel kita tidak akan kelihatan sempurna.

Pergerakan harga tidak akan sentiasa selari dengan garisan trend channel 100%, jadi jangan cuba untuk paksa harga untuk bergerak dalam channel yang kita lukis dengan mengalih garisan channel terlalu kerap. Ia hanya akan menjadi punca risiko alami banyak “false signal” jika kita selalu ubah garis channel.

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1