Asas | Bollinger Band

396

Bollinger Band atau BB merupakan indikator teknikal yang dicipta oleh Trader terkenal iaitu John Bollinger.

Indikator ini terhasil daripada satu set garis aliran standard deviations (positif dan negatif) yang ditanda araskan dengan garisan simple moving average (SMA) untuk sesuatu harga.  

Bollinger Band berfungsi untuk mengukur volatility (pergerakkan turun naik) di dalam market, dengan kata lain Bollinger band juga boleh digunakan sebagai indikator yang memberikan cara trading menggunakan support dan Resistance

Bollinger Band ini terdiri daripada

  • Upper Band (Akan bertindak sebagai resistance)
  • Middle Band 
  • Lower Band (Akan bertindak sebagai Support)

Bagaimana Bollinger Band boleh mengukur pergerakkan market?

  • Apabila Bollinger Band mula merapat dan mengecil ia bermaksud market sedang sunyi dan tidak banyak aktiviti di market.
  • Apabila Bollinger Band mengembang, ia menunjukkan yang market sedang trending atau market sedang aktif.
  • Apabila Bollinger Band mula mengecup, ia menunjukkan market sideway dan mungkin ada potensi untuk mengubah trend.

Bagaimana untuk melihat trend menggunakan Bollinger Band?

Uptrend: Candlestick akan berada di atas Middle Band 

Downtrend: Candlestick akan berada di bawah Middle Band

Kesimpulannya Bolllinger Band boleh digunakan untuk mencari support dan resistance tetapi yang penting pastikan anda menggunakannya bersesuaian dengan kajian yang anda lakukan.

Itu sahaja untuk Asas Bollinger Band. Jika ingin belajar teknik boleh juga belajar cara trade menggunakan Bollinger Band disini .

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday dan WiraTraders

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz