WANITA YANG PEROLEH PULANGAN 4,400% DALAM PELABURAN

274

Anne Scheiber adalah seorang wanita biasa di New York, dan tidaklah terkenal.

Namun, beliau pernah menggemparkan dunia pelaburan dengan strategi pelaburan yang lain dari yang lain. Berbekalkan modal sebanyak $5,000 ketika berusia 38 tahun, beliau Berjaya meraih keuntungan melebihi $22 juta ketika berumur 101 tahun.

Anne Scheiber lahir pada 1 Oktober 1893 dan meninggal pada 9 Januari 1995 pada usia 101 tahun. Dilahirkan di New York dengan 9 orang adik-beradik. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 10 tahun.

Demi membantu ibunya, Anne bekerja seawal usia belasan tahun. Namun, beliau masih mampu dapatkan segulung ijazah dalam jurusan undang-undang

Lepas tamat belajar, tanpa memilih beliau terus bekerja di IRS (Internal Revenue Service). Kalau di Malaysia, lebih kurang pengutip cukai LHDN.

Tapi pada 1944, beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana gaji yang tak setimpal, kurang dari USD4,000 setahun.

Sedangkan kalau ikut prestasi kerja, Anne sangat cemerlang. Anne juga tak pernah dinaikkan pangkat. Mungkin zaman tu terdapat diskriminasi terhadap kaum wanita dianggap lemah dan dipandang rendah.

Dari pengalaman, melakukan kajian dan pemantauan sebagai juruaudit IRS dulu, Lepas berhenti kerja, Beliau bercadang untuk belajar dan mengkaji dunia saham selama 50 tahun. Anne Scheiber ada duit sebanyak USD5,000 dan pencen tahunan USD3,100.

Dengan duit tu dia buat beberapa jenis pelaburan kewangan yang bijak. Hasilnya, Anne Berjaya raih keuntungan sebanyak USD22 juta menjelang akhir hayatnya.

Strategi pelaburan yang diguna Anne sejak era The Great Depression ialah ‘Buy & Hold’. Tak semua orang mampu guna pakai strategi pelaburan tersebut kerana ianya tidak konvensional.

Beliau sentiasa melabur dalam bisnes yang mempunyai prospek pertumbuhan dalam jangka masa panjang, syarikat yang ada kualiti perniagaan tinggi, dan hanya sekali-sekala menjual portfolio pelaburan beliau. Itupun sebab nak lindungi aset keuntungan beliau daripada dikenakan cukai.

Anne pernah diiktiraf sebagai pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti, pada kurun ke-20.

Hasil kejayaan portfolio pelaburan beliau juga mengalahkan prestasi pasaran S&P500.

Anne Scheiber hanya membeli beberapa kaunter saham dalam satu masa dan pegang untuk beberapa dekad.  Beliau faham tentang teori ‘faedah berganda’. Menurut Einstein ‘faedah berganda’ adalah perkara kelapan yang ajaib di dunia.

Antara rahsai pelabur profesional adalah melihat pulangan dalam jangka yang panjang,

Cara ini lebih mudah kerana mengabaikan turun naik jangka pendek. Ia lebih focus pada gambaran skala besar.

Anne juga telah dinobatkan sebagai tokoh pelabur wanita terbaik sepanjang zaman dan mendapat gelaran ‘individu yang berlatih selama 50 tahun, dan mengecapi kejayaan pada 50 tahun seterusnya’.

Masa akhir hayatnya, beliau telah sumbangkan semua hartanya kepada Universiti Albert Einstein School of Medicine, kaum wanita yang kurang mampu dan yang ingin menyambung persekolahan di Yeshiva University’s Stern College

Niatnya adalah untuk martabatkan golongan wanita dan membantu mereka daripada ditindas. Sumbangannya juga dirahsiakan pada awalnya.

Anne Scheiber ialah contoh bagaimana orang biasa membina kekayaan dalam pasaran saham, dalam jangka panjang, tanpa perlu buat benda yang mengarut.

Kebanyakkan mereka yang telah berjaya membina nama besar di Wall Street, memiliki kesabaran yang tinggi.

Orang yang banyak bersabar, akan sentiasa mendapat peluang terbaik untuk mencipta wang dalam pasaran. Kesabaran membantu seseorang pelabur untuk mampu mengabaikan noise day trading dalam pasaran.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL