3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance
Support dan resistance adalah perkara yang semua pelabur perlu faham dan kuasai. Paras support dan resistance boleh membantu belian atau pun jualan.
Namun, ada di antara kita yang masih kurang pasti dimana paras support dan resistance harus diletakkan. Support dan resistance yang paling biasa kita gunakan harus diletakkan. Support dan resistance yang paling biasa kita gunakan adalah apabila pergerakan harga saham pada sebelum ini telah gagal untuk melepasi sesuatu paras harga.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa jenis support dan resistance yang harus difahami.
1. Garisan Trend
Di antara support atau resistance yang mudah digunakan adalah garisan pada trend harga. Garisan support boleh dibuat dibawah candlestick pada paras higher low bagi saham yang sedang bergerak secara uptrend.
Manakala garisan resistance pula boleh dibuat diatas candlestick pada paras lower high bagi saham yang sedang bergerak secara downtrend. Garisan support atau resistance ini boleh menentukan berakhirnya satu trend pergerakan harga saham.
2. Moving Average
Moving Average (MA) adalah garisan yang paling mudah digunakan sebagai support dan resistance. MA yang digunakan sebagai support dan resistance boleh dibahagikan kepada tiga iaitu short-term, mid-term dan juga long-term.
MA20 boleh digunakan sebagai short-term support atau resistance dan MA50 pula boleh digunakan sebagai mid-term support atau resistance. MA200 pula boleh digunakan sebagai long-term support atau resistance.
Harga saham yang bergerak ke bawah melepasi paras MA200 berpotensi untuk meneruskan pergerakan downtrend untuk jangka masa panjang.
Manakala harga saham yang bergerak keatas melepasi paras MA200 pula berpotensi untuk meneruskan pergerakan uptrend untuk jangka masa panjang.
Contoh di bawah menunjukkan MA sebagai support pada bulatan A dan sebagai resistance pada bulatan B.
3. Nombor Genap
Akhir sekali, paras nombor genap juga boleh digunakan sebagai support atau resistance. Kecenderungan pelabur untuk membeli dan menjual pada harga genap telah menjadikan paras harga ini sebagai support dan resistance.
Situasi ini boleh kita lihat apabila harga saham sukar bergerak melepasi paras harga genap.
Sebagai contoh RM1.50 adalah harga genap, manakala RM1.53 adalah ganjil.
Dalam contoh di atas, nombor genap berada di paras RM4.00. Pergerakan harga saham yang sukar untuk melepasi paras harga genap pada RM4.00 telah menjadi resistance dan kemudiannya menjadi support pergerakan harga.
Pengenalan tiga jenis support dan resistance yang berlainan dari cara biasa kita gunakan diharapkan dapat membantu pelabur untuk membuat keputusan untuk membeli dan menjual dengan lebih tepat.
Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1