Perbezaan Antara “Continuation Chart Pattern & Reversal Chart Pattern”
Chart pattern adalah salah satu kaedah analisa price action yang digunakan kebanyakan trader. Ia adalah sebuah corak yang berlaku dalam pasaran sebelum harga mula membuat pergerakan mereka.
Dengan mengenal pasti pattern chart yang berlaku, trader dapat jangkakan langkah apa pasaran mungkin akan buat seterusnya.
Jika anda dapat kenal pasti pattern apa pasaran sedang buat di fasa awal ianya berlaku, terdapat potensi untuk anda dapat tangkap pergerakan yang kuat atau dapat kenal pasti perubahan arah trend pasaran di peringkat awal.
Mari kita lihat ketiga-tiga jenis kategori chart pattern yang ada.
1. Continuation Chart Pattern
Seperti namanya, pattern kategori ini memberi petanda bahawa harga akan sambung bergerak ke arah trend sebelumnya.
Contoh, jika pergerakan sebelum ini adalah up trend, maka bila berlakunya chart pattern continuation, ia bermaksud terdapat kemungkinan tinggi harga akan sambung bergerak ke arah up trend.
Rupa bentuk kebanyakan continuation pattern ini kelihatan seperti pergerakan pasaran sideways, dari segi logik dia, pasaran sedang berehat seketika sebelum sambung perjalanan arah trend mereka.
Pasaran tidak akan sentiasa bergerak menaik atau menurun, harga akan ada ambil masa untuk berehat sebelum ia sambung perjalanan dan ketika mereka berehat biasanya akan berlakunya pattern continuation yang memberikan trader peluang untuk membuka posisi trade mereka.
Antara chart pattern continuation adalah:
- Flag pattern
- Bearish dan Bullish Pennants
- Rising Wedges
- Falling Wedges
2. Reversal Chart Pattern
Pattern kategori ini menunjukkan pattern yang biasa berlaku sebelum berubahnya arah pergerakan atau arah trend pasaran.
Jika harga sedang bergerak dalam uptrend, kemudian berlakunya pattern reversal, itu bermakna pasaran memberi petunjuk bahawa pergerakan harga mungkin akan berubah ke downtrend tidak lama lagi.
Sama juga jika harga sedang berada dalam downtrend kemudian berlakunya bullish reversal chart pattern itu bermaksud harga akan berubah dari menurun kepada menaik.
Ini adalah antara chart pattern kategori reversal:
- Head and shoulders (HnS)
- Inverse Head and Shoulders
- Double Top dan Double Bottom
- Triple Top dan Triple Bottom
Sekarang korang dah dapat sesuatu?
Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1