S&P 500 | Indeks Yang Perlu Anda Tahu

1,335

Jarang lah orang tak kenal S&P 500 ni

Salah satu indeks pasaran saham yang paling terkenal di dunia kut!

Kalau siapa yang dah tahu.. boleh lah scroll down…  korang buat-buat tak nampak je artikel ni.

Pssttt…

Yang tak tahu pasal S&P 500 tu, korang tak nak ambil tahu ke? Ilmu free ni…

Manalah tahu lepas ni dah boleh trade stock S&P 500 pulak.

Apa itu S&P 500

Standard and Poor’s 500 Index adalah nama penuh untuk S&P 500, ingat korang je ke ada nama penuh, S&P 500 pun ada tau.

Sebenarnya, S&P 500 adalah terdiri daripada harga saham 500 firma yang berlainan industri dan ia dipilih berdasarkan permodalan pasaran untuk setiap syarikat. Bermakna indeks ni paling banyak dipengaruhi oleh syarikat terbesar dan paling berhaga. Ini kerana ia mewakili 80% daripada semua ekuiti awam di Amerika Syarikat dan ia boleh memberi gambaran tentang prestasi pasaran saham AS secara umum.

Sumber: cryptopotato.com

Antara 10 Saham terbesar dalam S&P 500

Kalau korang nak melabur dalam  S&P 500 secara keseluruhan, korang tidak perlu membeli kesemua 500 saham secara individu. Terdapat beberapa dana indeks dan Dana Dagangan Bursa (ETF) tersedia untuk pelabur. Dana ini direka untuk menjejaki prestasi indeks S&P 500. Dalam Dana Dagangan Bursa (ETF) beberapa jenis saham yang dikumpulkan menjadi satu instrumen pelaburan. Senang kan?

Sebagai contoh korang nak melabur dalam saham Apple, Tesla dan NVIDIA, ia boleh dihimpunkan menjadi satu instrumen pelaburan. ETF biasanya kurang volatile berbanding dengan saham secara individu kerana ETF terdiri daripada beberapa saham.

Terdapat jenis-jenis ETF yang patuh syariah di Wall Streer yang boleh korang cuba.

3 jenis ETF yang patuh syariah di Wall Street

  1. Wahed FTSE USA Shariah ETF (HLAL)
  2. SP Funds S&P 500 Sharia Industry Exclusions ETF (SPUS)
  3. SP Funds Dow Jones Global Sukuk ETF (SPSK)

Dan akhir sekali, pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM ataupun OPTION seperti yang diajar di dalam www.goldensop.com, bahkan ia menyediakan kaedah terbaik untuk menimba pengalaman untuk permula dengan modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan. Berminat untuk tahu lanjut? Klik pautan ini  www.goldensop.com 

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis : Fatin