Apa itu Uptrend & Downtrend ?

390

Kita sudah pun mengenali apa itu Bullish dan Bearish dan apa kena mengenalnya dengan Uptrend dan Downtrend.

Sekarang mari kita mengenali Uptrend & Downtrend secara lebih mendalam.

Uptrend (Swing High)

Uptrend adalah bentuk market menaik. Uptrend sentiasa buat Puncak Harga yang lebih tinggi daripada sebelumnya iaitu market sentiasa akan membuat Higher High (HH) dan Higher Low (HL) yang baharu. Selagi pattern ini diteruskan maka bentuk ini masih dikira Uptrend

Downtrend (Swing Low)

Downtrend pula, sentiasa buat Harga terendah yang lebih rendah daripada sebelumnya iaitu market akan membuat lower low (LL) dan Higher Low (LH) yang baru. Selagi pattern ini diteruskan maka bentuk ini masih dikira Downtrend.

Jadi bagaimana pula jika ia tidak bergerak dalam uptrend mahupun downtrend?

Ok untuk situasi ini kita panggilnya sebagai Sideways Market atau Ranging Market

Sideway ada satu bentuk market yang mana terjadi apabila harga pasaran naik dan turun pada tempat yang sama atau dalam erti lain secara mendatar. Ia biasanya terjadi sebelum menentukan arah untuk naik atau turun. Sideways market juga tidak akan membuat sebarang high atau low yang baru.

BUY = Uptrend            SELL= Downtrend

Mengenali dimana berlakunya HH, HL, LH, LL adalah sangat penting untuk anda dapat tahu dimanakah peak (puncak) harga, dimana area support dan resistance dan juga untuk tahu market trend.

Apabila pasaran sedang menaik, uptrend, anda hanya perlu cari peluang untuk masuk Buy sahaja

Sebaliknya, apabila pasaran sedang menurun, Downtrend anda hanya perlu cari peluang untuk masuk Sell sahaja

Ini adalah untuk mengurangkan risiko dengan hanya menumpang Trend yang sedang bergerak.

Pepatah Forex ada mengatakan “Trend is Your Friend”

Kesimpulannya, apabila kita trade, bukan kita yang menggerakkan pasaran, tetapi pasaran bergerak atas BIG TRADER, GEOPOLITIK dan EKONOMI sesebuah negara. Kita hanya menumpang pergerakkan. Jadi jangan lawan arah utama iaitu TREND.

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz