KISAH CHRIS GARDNER, JUTAWAN YANG PERNAH JADI GELANDANGAN

250

Kisah bermula masa tahun 1980, Chris Gardner dan keluarga dihalau dari rumah sewa. Gaji yang tak mencukupi buatkan dia terpaksa jadi gelandangan.

Tambah sedih lagi, Gardner ditinggalkan isterinya lepas 3 tahun berkahwin. Jadi, hiduplah Chris dengan anak lelaki tunggalnya di merata tempat. Kadang-kadang tidur di tandas awam dan rumah gelandangan. Ada masa sampai terpaksa tidur atas kerusi di Kawasan taman-taman.

Demi ubah nasibnya. Chris join latihan disebuah syarikat untuk belajar saham tanpa gaji. Namun, dia tak kesah sebab nekad nak capai impiannya. Setiap hari lepas tamat waktu kerja. Chris akan bawa anaknya tidur bawah meja pejabat.

Selepas setahun, Chris diberi jawatan sepenuh masa di firma tersebut berkat usaha dan skillnya yang hebat dalam saham.

Akhirnya, Chris berjaya juga sewa sebuah rumah untuk dia dan anaknya. Pada 1987, Chris membuka sebuah firma saham yang Bernama Gardner Rich. Kejayaan Chris terbukti apabila beliau kini mempunyai asset sebanyak RM285 juta.

Apa yang menarik kisah beliau dijadikan inspirasi untuk filem THE PURSUIT OF HAPPYNESS (2006) yang dilakonkan oleh artis terkenal Will Smith. Bukan mudah bagi seorang gelandangan untuk keluar dari kemiskinan. Bermacam dugaan dan cabaran yang dihadapinya.

Semoga kisah Chris Gardner dapat bagi semangat pada anda yang membacanya.

Salah satu post Gardner di Twitter yang mengimbau kehidupan lamanya ketika susah

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telegram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL