JANGAN BUAT 5 KESILAPAN INI JIKA BARU MELABUR

243
  • MELABUR TANPA ILMU

Jangan melabur sebab terikut-ikut orang atau mengharapkan buy call semata-mata tanpa faham apa yang dilakukan.

Melabur tanpa ilmu, ibarat memperjudikan nasib dalam pelaburan. Penting untuk cari ilmu tidak kiralah secara percuma ataupun berbayar. Yang penting, BELAJAR!

  • TIADA PERANCANGAN

Sangat penting untuk merancang sebelum membuat keputusan untuk beli atau jual saham

Pelabur yang bijak mesti ada trading plan sendiri. 

Jika anda Gagal merancang, sebenarnya anda merancang untuk gagal.

  • TAK PANDAI KAWAL EMOSI

Siapa je yang tak sensitif bila melibatkan duit. Tapi ramai pelabur baru gagal mengawal emosi bila kaunter saham yang mereka beli naik atau turun.

Jika harga kaunter naik, mulalah tamak dan harap harga saham yang dibelinya naik dan terus naik. Sudahnya harga kembali seperti harga membeli. Pulangan yang patutnya tinggi, turun balik pada harga modal.

Sama juga ketika harga kaunter turun, ada yang akan terus bertukar dari short-term trader ke long-term trader. Dari rugi sikit dah rugi banyak lagi2 bila kaunter bermasalah.

  • GUNA WANG KECEMASAN UNTUK MELABUR

Wang kecemasan biasanya digunakan bila ada keperluan mendesak seperti kereta rosak, kemalangan dan sebagainya yang berkaitan. Jadi memang tak patut anda guna duit itu untuk untuk melabur.

Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tinggi. Mereka yang dah lama pun ada masa boleh rugi. Apatah lagi jika baru saja melabur.

  • PINJAM WANG UNTUK MELABUR

Dengan keadaan pasaran yang tak menentu, pelaburan berpontensi untuk lebur dalam sekelip mata saja. Tambah lagi, jika pelaburan tak menjadi. Duit tak dapat, hutang terbeban.

Memang sukar untuk lari dari melakukan kesilapan. Tapi, sebaiknya elakkanlah dari membuat kesilapan yang merugikan kita.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL