Apa Itu Bullish & Bearish Trend ?

283

Sebelum kita mengenali apa itu Bullish dan Bearish, mari kita kenali dulu Apa itu Trend

Trend adalah lebih dikenali sebagai arah pergerakkan pada jangka masa bergantung kepada Timeframe Rujukan penganalisi, tetapi kebiasaan, trend ini adalah rujukan utama kepada pergerakan arah pada jangka masa yang lama, iaitu boleh rujuk pada TimeFrame D1, W1, Monthly,

Da faham kan apa itu Trend? Apa kena mengena dengan Bullish dan Bearish?

Ok macam ni, Trend terdapat dua jenis, iaitu trend menaik atau Uptrend dipanggil sebagai Bullish dan trend menurun atau downtrend dipanggil sebagai Bearish

Tapi Kenapa nama dua binatang ini digunakan?

Sebenarnya ia menggambarkan cara kedua-dua haiwan ini bergerak ketika menyerang, dan istilah “Bullish” dan “Bearish” ini digunakan dalam Trading untuk menggambarkan Trend.

Mari kita perhatikan bentuk graf yang menggambarkan trend tersebut

Bullish Trend (UPTREND)

Apa kena mengena Uptrend dengan KERBAU (BULL)?

Seperti mana yang kita tahu, kerbau mempunyai tanduk dan apabila ia berasa terancam, ia akan menanduk dengan menujah ke atas. Disebabkan tujahan ke atas inilah, haiwan tersebut sering dikaitkan dengan trend pasaran saham yang menaik. Banyak harga akan ‘pecah siling’ dan harga resistance sesuatu saham itu pecah ke paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Bearish Trend (DOWNTREND)

Kenapa Pula Beruang?

Apabila beruang terancam, ia akan berdiri bagi menunjukkan badannya yang besar. Apabila sampai masanya untuk menyerang, ia akan menerkam ke bawah seolah-olah ingin membenam mangsanya. Apabila mangsa sudah terbaring, beruang akan teruskan menghentak mangsanya sehingga terbenam ke dalam tanah bagi memastikan mangsanya tidak lagi berupaya untuk melawan.

‘Hentakan’ ini akan menyebabkan harga sokongan sesuatu saham itu akan pecah dan harga akan terus menjunam ke paras baru. Ini akan menyebabkan pelabur lain menjadi panik dan harga saham tersebut akan semakin jatuh dah jatuh.

Sekarang mesti anda sudah faham kenapa istilah Bullish dan bearish digunakan untuk menggambarkan Trend Uptrend dan juga Downtrend.

Itu sahaja untuk Bearish & Bullish, Jika ingin belajar teknik boleh juga belajar di www.superscalper.com

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Celik Wang

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz