Apa itu Failure Swing ?

1,341

Failure Swing ini pertama kali diperkenalkan oleh Welles Wilder Jr. dalam bukunya tentang analisa trading teknikal.

Apa kegunaan Failure swing ni?

Failure swing atau “Swing yang gagal” digunakan untuk mengidentifikasi permulaan perubahan trend atau pembalikan arah trend.

Kemampuan untuk mengenali failure swing lebih awal ini akan membantu anda membuat trading plan iaitu untuk mengawal risiko (SELL & BUY).

Untuk mengenali Failure swing ini, anda pasti sudah Tahu asas Uptrend & Downtrend dan bila mana berlakunya HH, HL, LH, LL , sekarang kita akan menggunakannya pula.

Jom!

Swing menaik ataupun menurun menjadi gagal apabila ia menyempurnakan tiga syarat seperti yang di label pada gambarajah di bawah.

Failure Swing dalam keadaan Uptrend

Failure Swing – Uptrend bertukar ke downtrend

Swing gagal pada uptrend menjadi sempurna apabila ada ciri-ciri berikut

  1. Terdapat puncak harga yang paling tinggi
  2. Harga membuat puncak rendah, LH(2) iaitu puncak yang lebih rendah daripada HH(1) sedangkan untuk teruskan Uptrend, harga perlu membuat puncak yang lebih tinggi daripada HH(1)
  3. Selepas sahaja LH terbentuk dan harga mula Breakout Support , harga terus membuat LL, iaitu harga yang lebih rendah daripada HL.

Jadi cukup syarat untuk Uptrend menunjukkan tanda perubahan trend menjadi downtrend.

Failure Swing dalam keadaan Downtrend

Failure Swing – Downtrend bertukar ke Uptrend

Swing gagal pada downtrend menjadi sempurna apabila ada ciri-ciri berikut.

  1. Terdapat puncak harga yang paling rendah
  2. Harga membuat Harga terendah yang tinggi, HL(2) iaitu Harga terendah yang lebih tinggi daripada LL(1) sedangkan untuk teruskan Downtrend, harga perlu membuat harga yang lebih rendah daripada harga pada LL(1)
  3. Selepas sahaja HL terbentuk dan harga mula Breakout Resistance , harga terus membuat HH, iaitu harga yang lebih rendah daripada LH.

Kesimpulannya, failure swing terjadi ketika trend harga gagal membentuk harga tertinggi baru (new high) dalam uptrend atau gagal membentuk harga terendah baru (new low) dalam downtrend. Dengan demikian, failure swing membantu trader untuk mendapatkan harga entry yang bagus pada permulaan trend.

Contohnya, anda dapat mengambil posisi SELL ketika terjadi swing failure dalam uptrend dan melanjutkan entry kembali saat harga mengalami downtrend. Anda juga boleh BUY ketika terbentuk swing failure dalam downtrend.

Dapat sesuatu?

Jom PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz