Strategy Trading | Scalping Vs Intraday Vs Swing

292

Scalping

Scalping bermaksud strategy trading yang mengambil keuntungan banyak kali terhadap pergerakan harga yang kecil sahaja. Trader yang menggunakan strategi ini kebiasaannya akan melakukan sesi trading 10 kali atau sehingga 100 trade menggunakan strategi ini dalam satu hari.

Dalam erti kata mudah, banyak kali masuk order BUY atau SELL dan setiap kali profit kecil-kecil pun terus close order tersebut, dengan bertujuan untuk ambil untung kecil tetapi banyak kali.

Trader yang menggunakan strategi ini dipanggil SCALPER, dan kebanyakan scalper percaya lebih mudah untuk menangkap pergerakan kecil harga untuk untung berbanding untuk cari pergerakan besar harga untuk mengambil keuntungan.

Jangka Masa = Terlalu Singkat

Intraday

Intraday adalah bermaksud strategi trading yang dilakukan jangka masa dalam 1 hari. Kebiasaannya trader yang menggunakan strategi intraday, akan masuk order sekali atau dua kali sahaja dalam satu hari, dan menangkap pergerakan dalam satu hari tersebut. Jadi hampir setiap hari intraday trader akan masuk trading sekali atau dua kali dan trading tadi akan ditutup sebaik sahaja hampir berakhirnya hari tersebut.

Intraday ini kebiasaan adalah ungkapan bagi trader trade pasaran saham yang buka pukul 9 pagi dan tutup pukul 5 petang, sebab setiap hari trader tersebut perlu trade. Untuk forex trader juga boleh digunapakai, dengan ungkapan senang faham, trade hampir setiap hari dan mengambil  keuntungan dengan pergerakkan naik turun pasaran pada hari tersebut dengan kadar yang agak banyak, sekitar dalam 30-60 pips

Jangka Masa = Harian Short Term

Swing 

Swing pula bermaksud strategi trading yang digunakan dengan menahan (hold) posisi trading BUY atau SELL untuk jangka masa yang agak lama 2-3 hari atau mungkin berminggu atau berbulan-bulan.

Dalam erti kata mudah, kebiasaan trader yang menggunkan strategy trading ini trade 1 posisi sahaja pada satu-satu pasangan matawang itu, dan dibiarkan posisi itu terbuka berhari-hari kerana ingin mengambil keuntungan dalam pergerakan yang besar dan jangka masa yang lama. Keuntungan diambil sekitar 150-1000 pips

Jangka Masa = Medium Term, Long Term

PASTIKAN anda Join Telegram SuperScalper SEKARANG untuk lebih Tips2 Technical Analysis dari AA SuperScalper!

Penafian: Penulisan sumber dari Intraday

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Farah Firoz