“Dah entry buy pada harga 1.1050, tiba-tiba harga pesanan berubah kepada 1.1055”
“Ahh musykilnya, broker ni dah rosak kut..”
Pernah terjadi pada korang?
Korang tak pelik ke? kenapa tiba-tiba harga pesanan lain dengan harga masa korang entry?
Itu adalah Slippage…
Apa tu Slippage?
Slippage atau gelinciran adalah harga pesanan yang dilaksanakan tidak sepadan dengan harga permintaan, ia berlaku apabila pasaran bergerak melawan dagangan anda. Harga pasaran boleh berubah dengan cepat, ia membolehkan kegelinciran berlaku semasa menunggu pesanan dagangan sedang diproses dan apabila pesanan itu selesai. Mungkin akan terdapat gelinciran di antara harga yang anda lihat di terminal dan harga pelaksanaan. Sebagai contoh ia berlaku apabila anda membuat pesanan di mana-mana forex broker dan ia dinyatakan berbeza dengan harga yang di minta. Ia berpunca selepas broker menerima pesanan, ia perlu disemak sama ada akaun anda mempunyai dana yang cukup untuk menampung pesanan baru. Oleh itu, daripada pemindahan komunikasi kepada pemprosesan data, semua proses ini menyebabkan berlakunya kelewatan.
Setiap yang anda entry dan terdapat perbezaan diantara harga yang diminta semasa membuat pesanan ia dipanggil slippage. Slippage berlaku semasa tempoh pasaran turun naik yang tinggi dan kuat, contoh seperti berlakunya berita semasa yang tergempar atau keluaran data ekonomi. Tetapi sebaliknya, jika pasaran forex dalam keadaan biasa, pasangan mata wang utama akan kurang berisiko untuk berlakunya kegelinciran kerana ia bersifat lebih cair.
Pasangan mata wang utama ialah;
- EUR/USD
- USD/JPY
- GBP/USD
- USD/CAD
- AUD/USD
- NZD/USD
Anda boleh kawal risiko dengan melindungi diri anda daripada slippage dengan meletakkan pesanan had (limit order) dan mengelakkan pesanan pasaran (market order).
Terdapat beberapa Contoh Gelinciran (Slippage);
1. Gelinciran Positif
Andai kata, korang membuat pesanan buy pada harga 1.1150 dan pesanan diserahkan tetapi berlaku perubahan kepada harga belian yang dibuat menjadi 1.1145 (5 pip di bawah harga yang di minta) ini bermakna harga yang berubah memberi kesan yang positif pada entry buy anda.
2. Gelinciran Negatif
Contoh situasi yang sama seperti di atas, korang membuat pesanan buy, tetapi berlaku perubahan kepada harga belian yang dibuat menjadi 1.1156 (6 pip di atas harga yang anda minta) ini bermakna harga yang berubah memberi kesan yang negatif pada entry buy anda.
3. Tiada Gelincir
Pesanan diserahkan dengan harga belian 1.1150 dan harga yang dinyatakan/ ditawarkan ialah 1.1150 (tepat seperti yang anda minta) ini bermakna tiada perubahan pada entry buy anda.
Berminat nak jadi trader?
Jomm jadi trader yang luar biasa.
Yang sentiasa berani rebut peluang dan bijak memburu saham-saham hebat di pasaran bursa mahupun global.
Jom dengarkan tips ini supaya anda boleh jadikan panduan untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
Layari www.goldensop.com untuk pelajari saham secara PERCUMA.
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia dan babypips.com
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin