Saham, kripto, Forex, hartanah dan sebagainya dah menjadi topik biasa di laman sosial. Jatuh bangun, rugi untung tu sebenarnya perkara biasa dalam menjadikan kita lebih kebal dari segala uncertainty dan risiko dalam dunia pelaburan.
Tapi janganlah korang anggap rugi tu menjadi halangan untuk korang melabur. Tidak dinafikan memang seronok memperoleh keuntungan dari pelaburan , tapi ramai juga sedar pernah mengalami kerugian. Inilah sisi gelap pelaburan yang ramai takutkan.
Sebenarnya, kalau kita tak melabur kita sedang berada dalam kerugian sebab korang dah lepaskan peluang untuk selamatkan diri korang dari inflasi yang telah mencuri nilai duit yang korang simpan bertahun-tahun tu.
Cara mengatasi takut rugi
1.Gunakan duit lebihan, bukan simpanan.
Pertama sekali, nak melabur kena pastikan korang melabur menggunakan duit lebihan yang mana korang dah asingkan untuk perbelanjaan, bayar segala komitmen. Jangan guna duit korang yang nak beli susu anak, nak beli makan, atau nak beli buku (jika korang student). Kalau duit ngam-ngam je untuk makan, lepas tu nak melabur pulak guna duit tu, takut nanti ada yang sampai terpaksa berlapar sebab nak melabur punya pasal. Lepas tu datang pulak macam-macam penyakit, haa lagi pening. Perkara-perkara macam ni la yang menakutkan lagi korang untuk rugi.
2. Emosi
Emosi memainkan peranan yang sangat penting, emosi mempengaruhi tindakan korang dalam membuat keputusan. Kawal emosi, pastikan korang berada dalam emosi yang stabil semasa melakukan aktiviti trading.
3. Gunakan Akaun Demo
Hampir semua platform dagangan disertakan dengan akaun demo, dengan kata lain ia dipanggil akaun simulasi atau akaun percubaan, yang membolehkan korang trade tanpa perlu depositkan duit sebenar. Akaun demo membolehkan korang menjadi mahir dalam pelbagai teknik. “ Practice makes perfect”.
4. Cari guru yang betul
Kesilapan ramai trader baru adalah senang tertipu dengan pelbagai iklan dan juga seminar. Banyak guru-guru saham sekarang muncul sama ada online atau fizikal. Tapi percaya atau tidak, ada di kalangan mereka tidak mempunyai skill set yang betul, bahkan mereka bukan trader dan cuma mengajar untuk kelas. Ilmu di Youtube adalah percuma. Tapi mengikut kajian, 70% Youtuber membuat content semata-mata untuk view dan bukannya untuk mengajar. Jangan buang masa terlalu lama! Pastikan korang fokus untuk mencari ilmu yang betul seperti membaca buku atau hadir ke seminar yang dianjurkan oleh individu bertauliah dan mahir dalam pasaran saham dan pelaburan.
5. Cut loss sebelum Rugi
Cut loss merupakan satu cara manual untuk menutup kerugian yang di alami oleh seorang trader. Apabila market tidak menyebelahi korang, dari situ korang kene terus close entry daripada terus rugi dan merosakkan akaun korang.
Kebaikan Cut Loss dalam Trading
Antara kebaikan cut loss yang boleh disenaraikan adalah seperti berikut :
-Mengelakkan daripada entry yang salah dan rugi lebih besar
-Tidak terdedah dengan risiko harga spike sebelum mengikut arah entry
Pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM ataupun OPTION seperti yang di ajar didalam www.goldensop.com dengan menyediakan kaedah terbaik untuk menimba pengalaman untuk permula dengan modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan. Berminat untuk tahu lanjut? Klik pautan ini www.goldensop.com
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin