Naik Turun FOMC | Drama apa lagi dia nak buat

1,665

Orang Buy, Korang Sell.

Duk canang satu dunia setup dia la yang paling legit.

Last- last habis FOMC, menangis tepi bucu katil kononnya nak tidur awal.

Ni semua dusta kalau korang ilmu pun takat paras lutut je. Haa meh sini belajar dulu. Penuhkan ilmu di dada biar kelak menjadi senjata.

FOMC seperti korang tahu, news yang paling famous la kalau sembang pasal trade. Dah tahu FOMC kene tahu jugak dua benda ni.

  • Hawkish
  • Dovish
Sumber: Google

Apa ke benda pulak tu? Okay chill, korang baca dulu penjelasan ni.

Rizab Persekutuan (Federal Reserve) mempunyai dua matlamat jangka panjang yang utama, iaitu ;

  • Mengawal Inflasi (Hawkish)
  • Memaksimumkan Pekerjaan (Dovish)

Bahasa mudah untuk korang faham, term Hawkish dan Dovish ni digunakan oleh Bank Pusat apabila bercakap tentang dasar monetori.

Sebagai contoh, apabila Bank Pusat menaikkan kadar faedah ia dipanggil Hawkish kerana mahu meningkatkan kadar faedah disebabkan oleh kerisauan inflasi.  Rizab Persekutuan akan mengamalkan dasar monetari hawkish, ini mungkin kerana ia sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah dengan mengawal harga dan melawan inflasi.

Hawk atau Inflasi Hawk ialah penasihat kewangan atau pembuat dasar yang percaya bahawa dasar monetari harus mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk mengekang inflasi. Mereka terutamanya berminat dengan kadar faedah tinggi kerana ia berkaitan dengan dasar Fiskal. Hawk secara amnya tidak kisah dengan pertumbuhan ekonomi tetapi, menyokong ekonomi yang beroperasi pada tahap di bawah keseimbangan guna tenaga penuhnya. Dalam erti kata lain, mereka ingin mengetatkan bekalan wang untuk melindungi ekonomi daripada inflasi dan menggalakkan kestabilan harga.

Lain pula dengan Dovish, ia merujuk kepada kemahuan Bank Pusat menurunkan kadar faedah. Oleh itu, Bank Pusat yang mengmumkan kadar faedah ia dipanggil dovish. Ini kerana, Rizab Persekutuan nampaknya fokus ke arah dasar monetari dovish, kita dapat tahu bahawa ia merancang untuk mengekalkan kadar di mana mereka berada sekurang-kurangnya buat masa ini kerana pertumbuhan dan pekerjaan berjalan lancar. Atau ia mungkin merancang untuk menurunkan kadar untuk merangsang ekonomi dan menambah pekerjaan. Jika Rizab Persekutuan bimbang tentang pertumbuhan ekonomi, ia mungkin memutuskan untuk memberikan rangsangan dengan menurunkan kadar faedah.

Dengan kadar faedah yang lebih rendah, perniaga boleh meminjam lebih banyak wang untuk berkembang dan berpotensi mengupah lebih ramai pekerja atau menaikkan gaji. Dan apabila pengguna berada dalam persekitaran kadar faedah rendah yang dicipta oleh dasar monetari dovish, mereka mungkin lebih cenderung untuk meminjam wang untuk perkara mewah seperti kereta, rumah, pembaikan rumah dan percutian. Peningkatan penggunaan itu juga boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

Macam korang la kan, mana suka kalau kene bayar kadar faedah tinggi kan?

So apa kene mengena dengan FOMC ni. Keputusan Hawkish dan Dovish memberi kesan terhadap mata wang Dollar Amerika Syarikat, jika keputusan mengarah pada Hawkish ia akan mendorong mata wang USD menguat. Sebaliknya, jika keputusan ke arah Dovish ia berpotensi menyebabkan kelemahan kepada mata wang negara tersebut.

Trade lah dengan bijak, anda pasti akan berjaya.

Pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM ataupun OPTION seperti yang di ajar didalam www.goldensop.com dengan menyediakan kaedah terbaik untuk menimba pengalaman untuk permula dengan modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan. Berminat untuk tahu lanjut? Klik pautan ini  www.goldensop.com 

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin