Market volatility atau turun naik pasaran adalah istilah yang tidak asing dalam dunia pelaburan, ia bermaksud apabila pergerakkan harga pasaran dan sekuriti tidak dapat diramalkan. Sebagai contoh, harga pasaran naik mendadak dan kadang kala turun tanpa dijangka.
Volatility adalah istilah yang dikaitkan dengan ketidakpastian atau risiko atas perubahan harga pada pasaran, istilah ini anda akan sering didengari jika anda melabur pada instrument saham atau forex.
Nama lain untuk market volatility adalah market mood, ini kerana market volatility mempengaruhi pergerakkan harga dalam pasaran. Semakin tinggi nilainya, semakin pantas pergerakkan dan perubahan pasaran.
Jika anda seorang trader yang ingin mendapatkan keuntungan saham pada waktu yang singkat, anda boleh mencuba nasib dalam memilih saham dengan volatility tinggi, kerana harganya lebih berpotensi untuk naik, walaupun risikonya tinggi.

Semasa berlakunya volatility masa, ramai pelabur berasa takut dan mula mempersoalkan strategi pelaburan jangka panjang mereka. Lebih-lebih lagi pelabur baru yang masih belum kukuh emosinya dan mudah terpengaruh untuk menarik diri dari pasaran dan hanya ingin menjadi penonton sehingga pasaran kembali selamat.
Anda perlu tahu, naik turun pasaran atau market volatility adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Kerana ia adalah sifat pasaran untuk bergerak naik dan turun dalam jangka pendek. Malah menentukan masa pasaran amat sukar.
Faktor yang mempengaruhi market volatility;
- Faktor politik dan ekonomi
- Faktor industri dan sektor.
- Prestasi Syarikat
Pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM ataupun OPTION seperti yang di ajar didalam www.goldensop.com dengan menyediakan kaedah terbaik untuk menimba pengalaman untuk permula dengan modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan. Berminat untuk tahu lanjut? Klik pautan ini www.goldensop.com
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin