Nak Buat Saving? Tapi Tak Tahu Macam Mana nak Mula

445
  • Saya baru mula bekerja.
  • Saya baru habis belajar, baki dalam akaun bank tak sampai RM1,000.
  • Saya nak menyimpan, tapi tak tahu nak mula dari mana.

Anda dalam kategori di atas? Article ini disajikan khas untuk anda.

Selamat membaca!

1. Tabung kecemasan

Sumber imej: Google

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah mulakan dengan menyimpan 6 bulan gaji anda sebagai dana kecemasan. Sebagai contoh gaji sebulan anda sebanyak RM1,500.

RM 1,500 X 6 Bulan = RM 9,000

Maka sebanyak RM 9,000 anda perlu simpan dalam tabung kecemasan. Sejak pandemik telah menular ke serata dunia, tabung kecemasan sangat penting pada waktu ekonomi yang tidak stabil ini kerana darurat ekonomi memberi impak yang sangat besar kepada pekerja dan pengusaha perniagaan.

Semakin awal anda bermula,
Semakin awal, anda pencen dengan bergaya.

Kebaikan memulakan simpanan kecemasan

  • Mudah untuk akses atau dikeluarkan dalam masa singkat bila berlakunya kecemasan
  • Boleh menampung perbelanjaan ketika tiada pekerjaan
  • Membantu sekiranya berlakunya kereta rosak, kemalangan, bencana alam, jatuh sakit, pendapatan terhenti sama ada sebab sakit kritikal ataupun diberhentikan kerja atau diisytiharkan bankrap

Tabung atau dana kecemasan ini bertindak untuk menampung perbelanjaan mendesak yang bila-bila masa sahaja boleh terjadi keatas diri anda dan keluarga.

Malah, duit untuk bayar komitmen bulanan seperti perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang lain pun tidak terganggu dan yang paling penting anda tidak terjebak dengan kegiatan “Ah long” dan mana-mana agen pinjaman wang tidak berlesen

2. Membuat pelaburan tabung haji ataupun perlaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Pada siapa yang boros tu, korang dilarang simpan duit bawah bantal. Bukan apa, makin senang lah korang berbelanja, dan makin susahlah untuk korang menyimpan, mana taknya duit depan mata, selagi tulah macam-macam nak beli. Sebaliknya, korang patut simpan duit di tempat yang susah untuk dikeluarkan.

Anda juga boleh melabur di Tabung haji dan juga ASB untuk pengatahuan anda melabur di Tabung Haji ini bukan sahaja risikonya rendah, banyak lagi manfaat lain yang anda akan nikmati.

Antara kebaikan menyimpan di Tabung Haji

  1. Patuh Syariah Islam
  2. Tiada had simpanan
  3. Dikecualikan daripada cukai
  4. Ditunaikan kewajipan zakat

Pelaburan Amanah Saham Bumiputra (ASB)

ASB merupakan dana unit trust yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Terdapat banyak kelebihan apabila anda melabur di ASB. Antaranya, risiko anda menghadapi kerugian adalah tipis. Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapat pulangan dividen yang konsisten bagi setiap tahun.

Selain itu, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membuat bayaran pendahuluan untuk melabur di dana unit trust ini.

3. Lindungi kewangan dan kekayaan anda

Lindungi kewangan anda melalui takaful dan insuran yang memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian. Takaful mampu menyediakan satu jaringan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Takaful memastikan bahawa anda dan orang tersayang menerima pampasan dan perlindungan sewajarnya.

4. Melabur pada diri sendiri

Sumber imej: Google

Melabur pada diri sendiri adalah dengan cara anda belajar atau menuntut ilmu pelaburan. Pentingnya anda mempunyai pengurusan kewangan dan pelaburan kerana ilmu ini bukan sahaja untuk diri kita tetapi turut boleh diwarisi dengan cara mendidik anak-anak tentang simpanan untuk pelajaran dan masa depan mereka. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Untuk mempelajari ilmu saham anda mestilah mencari guru yang bertauliah yang telah mendapat kelulusan sejajar dengan ilmu pelaburan. Kesilapan ramai pelabur saham yang sering dilakukan adalah mempelajari ilmu saham melalui guru yang tidak bertauliah yang hanya mahukan keuntungan daripada anda mendaftar dan melabur. Melalui pelaburan anda boleh menambah pendapatan bulanan dan bertindak sebagai pelaburan jangka panjang.

Pastikan anda hanya melabur dalam instrumen yang selamat seperti SAHAM ataupun OPTION seperti yang di ajar didalam www.goldensop.com dengan menyediakan kaedah terbaik untuk menimba pengalaman untuk permula dengan modal yang kecil dan bersesuaian dengan risiko pelaburan. Berminat untuk tahu lanjut? Klik pautan ini  www.goldensop.com 

Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja

Penulis : Fatin