KEMELESETAN EKONOMI PUNCA SYARIKAT GERGASI DUNIA BERHENTIKAN RAMAI PEKERJA

230

Sejak kemelesetan ekonomi yang melanda kesan dari pandemic pada tahun 2020 dulu. Banyak sektor industri yang ambil langkah berjaga-jaga apabila masuk tahun 2023. Hal ini kerana, banyak syarikat yang terjejas pada suku akhir 2022 disebabkan ekonomi yang perlahan.

Jadi, tak hairanlah bila banyak industri yang cuba kurangkan pekerja dengan buat pemberhentian secara beramai-ramai. Cara tersebut dilakukan bagi memastikan syarikat tidak terbeban dengan keuntungan yang makin rendah dan pendapatan syarikat yang semakin berkurang.

Baru-baru ini, Syarikat Google telah berhentikan seramai 12,000 pekerja sebagai persediaan untuk hadapi kemelesetan ekonomi dunia. Begitu juga dengan yarikat Amazon, yang mana telah menamatkan perkhidmatan seramai 18,000 pekerja.

Langkah yang sama turut diambil oleh syarikat Microsoft, mereka telah membuang hampir 10,000 pekerja. Tambahan lagi, syarikat permotoran Ford yang turut memberhentikan 3, 000 pekerja dari Eropah dan Jerman.

Bayangkan syarikat gergasi dan negara kuasa besar juga menerima tempias ekonomi yang tak menentu ini.

Pada awalnya ketika musim pandemik, Syarikat-syarikat teknologi besar seperti Amazon, Oracle, Microsoft, Salesforce dan Facebook telah mengambil ramai pekerja untuk tampung permintaan yang sangat tinggi. Sebabnya ramai pengguna memerlukan teknologi untuk bekerja dari rumah.

Namun begitu, selepas sempadan dibuka, ramai pekerja kembali bekerja seperti biasa. Maka, permintaan terhadap syarikat teknologi semakin menurun dan merosot. Pekerja-pekerja yang diambil semasa musim pandemik telah menjadi beban kepada syarikat. Jadi, terpaksalah syarikat-syarikat ini buang ramai pekerja sekaligus.

Selain itu, terdapat juga gangguan rantaian bekalan yang berterusan, inflasi dan pertempuran di Ukraine menjejaskan syarikat komersial dan perbelanjaan pengguna juga menurun disebabkan bimbang berlakunya kemelesetan ekonomi.

Berdasarkan maklumat oleh Layoffs.fyi, hampir atau lebih 150,000 pekerja dalam sektor teknologi telah diberhentikan. Tambah lagi, pada tiga minggu pertama 2023, jumlah pekerja yang diberhentikan meningkat kepada lebih 30%.

Penafian: Penulisan sumber dari

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL