Korang pernah dengar..
Close half set BE?
Trader baru mesti tertanya-tanya apa itu set BE kan?
Kebiasaannya kita tidak tahu kemana harga suatu pair akan bergerak kan? Hal inilah yang mencetuskan pergolakan emosi dalam diri korang.
Haa inilah masa yang sesuai untuk korang set BE!
Apa itu BE?
Secara teorinya, BE atau break-even adalah harga pulangan modal. Ianya adalah harga dalam aset asas di mana pelabur boleh memilih untuk melaksanakan atau melupuskan kontrak tanpa mengalami kerugian.
BE digunakan apabila kita mahu mengelakkan risiko kerugian jika harga pasaran berpatah balik tidak seperti yang kita jangkakan.
Sebagai contoh. Kita dalam posisi sell, normally kita akan setkan stop loss di atas entry price kita ataupun kita akan set kan stop loss di nilai yang paling tinggi dan nilai entry kita.
Manakala untuk set BE, kita set kan stop loss kita di bawah price kita, bermaksud apabila kita entry posisi sell (kita akan expect harga market akan turun) dan market tengah running dalam keadaan arah aliran menurun, dengan kesempatan itulah kita set dengan cara set kan stop loss di kawasan profit supaya jika berlaku pembalikan harga pasaran, dan mengena stop loss yang telah kita setkan sebagai BE, kita masih mendapatkan keuntungan. Ini dipanggil, stop loss dalam keuntungan.
Cara untuk set BE
Berikut adalah cara untuk melakukan break-even pada chart trading korang.

Gambar di atas adalah chart trading USD/JPY Timeframes M5 (five-minute). Sebagai contoh kita sedang melakukan Sell USD/JPY di price 134.062. Stop loss di letakkan di price 134.130 dan take profit 133.940. Kemudian, harga USD/JPY turun ke level harga rendah dari harga awal ketika kita membuka posisi.
Pindahkan stop loss kebawah, iaitu di zone profit dari nilai kita membuka posisi.
Itu sahaja.. Mudahkan?
Kehilangan modal merupakan hal yang wajar dalam dunia trading. Pelbagai risiko yang perlu diatasi oleh trader sebab itu ia sebut High Risk, High Return, disebabkan itu pentingnya kita belajar pelbagai teknik untuk mengurangkan risiko yang akan dihadapi. Persiapkan diri dengan pelbagai ilmu melalui Ebook Maruwave Analysis
TERBONGKAR AKHIRNYA
RAHSIA 71,618+ SUPERSCALPER JANA JUTAAN USD SETIAP HARI

Biar Kami Bantu dengan Ebook Teknik Hollygrail Maruwave®️ yang dikaji dan backtest selama 5 tahun
Terbukti dan telah berjaya membantu lebih 14,000 pelabur global di seluruh Malaysia!
Dapatkan sekarang di Ebook Maruwave Analysis
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin