Korang mesti kenal candlestick tu apa kan?
Jom kita recall balik apa itu candlestick…
Candlestick ialah carta harga yang digunakan dalam menganalisis teknikal yang memaparkan harga tinggi, rendah, pembukaan dan penutupan sekuriti untuk tempoh masa tertentu.
Korang da tahu kisah macam mana munculnya idea bentuk candlestick?
Haa meh sini nak cerita..
Candlestick berasal daripada peniaga beras dan juga trader pada abad ke-18 yang menjejaki harga pasaran dan mencatat setiap pergerakkan/momentum harian sehingga ratusan tahun menggunakan bentuk candle. Kemudian, ia diperkenalkan di Amerika Syarikat dan dipopularkan di sana. Bahagian lebar candlestik dipanggil “badan sebenar (real body)” yang memberi maksud sama ada harga penutupan adalah lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pembukaan yang berwarna hitam atau merah jika saham ditutup lebih rendah, manakala berwarna putih atau hijau jika saham ditutup lebih tinggi.
Dari bentuk candlestick tu la yang membantu kita untuk mengenalpasti arah pergerakkan pasaran dengan lebih mudah, hanya melihat warna dan panjang candlestick, trader boleh menentukan jika pasaran sedang strong momentum dalam trend menaik atau melemah menjadi trend menurun.
Best kan bila dah kenal bentuk-bentuk candlestick? Korang boleh ke article single line candle untuk mengenali lebih mendalam lagi candlestick pattern seperti doji dan lain-lain.
5 corak candlestick yang paling perfom
Lima candlestick ini mempunyai fungsi tersendiri dalam sekitar bar harga yang meramalkan harga sama ada lebih tinggi atau lebih rendah. Mereka juga peka terhadap masa dalam dua cara:
- Mereka akan berfungsi dalam had carta yang telah disemak, sama ada intraday, harian, mingguan atau bulanan.
- Potensi mereka berkurangan dengan cepat sebanyak tiga hingga lima bar selepas corak selesai.
Three Line Strike

Corak pembalikan three line strike menaik menghasilkan tiga candle hitam/merah dalam aliran menurun. Setiap bar menunjukkan lower low dan tutup berdekatan dengan intrabar rendah. Manakala, bar keempat dibuka lebih rendah yang terbalik dalam bar luar jarak lebar yang menutup di atas ketinggian candle pertama sebelumnya, pembukaan juga menandakan ia pada buka pada harga rendah.
Two Black Gapping
Corak kesinambungan (continuation) two black gapping menurun muncul selepas bahagian atas yang ketara dalam aliran menaik, dengan jurang ke bawah yang mencatatkan paras terendah dengan menghasilkan dua bar hitam/merah. Corak two black gapping meramalkan bahawa penurunan akan berlarutan ke paras yang terendah, dan mungkin akan mencetuskan aliran menurun berskala lebih luas.
Three Black Crows

Corak pembalikan three black crows yang menurun bermula pada atau berhampiran paras tinggi aliran menaik, dengan tiga bar hitam/merah mencatatkan paras rendah yang lebih rendah yang menutup berhampiran paras terendah dalam bar. Corak ini meramalkan bahawa penurunan akan berterusan ke paras terendah yang mungkin akan mencetuskan aliran menurun berskala lebih luas.
Evening Star
Corak pembalikan evening star menurun bermula dengan bar putih/biru tinggi yang bermaksud aliran menaik ke tahap tinggi baharu. Jurang pasaran lebih tinggi pada bar seterusnya, tetapi pembeli baru gagal untuk muncul, menghasilkan julat kecil candle di atas. Jurang ke bawah pada bar ketiga melengkapkan corak, yang bermaksud bahawa penurunan akan berterusan ke paras terendah dan mungkin akan mencetuskan aliran menurun skala yang lebih luas.
Abandoned baby

Corak pembalikan abandoned baby kenaikan harga muncul pada paras rendah, aliran menurun, selepas beberapa siri candle hitam/merah paras terendah terhasil. Jurang pasaran lebih rendah pada bar seterusnya. Tetapi penjual baru gagal muncul, menyebabkan terhasilnya julat sempit doji candlestick dengan cetakan pembukaan dan penutupan pada harga yang sama. Jurang kenaikan pada bar ketiga melengkapkan corak, yang meramalkan bahawa pemulihan akan berterusan ke tahap tertinggi dan mungkin akan mencetuskan aliran menaik berskala lebih luas.
Kesimpulan
Corak candlestick telah menarik perhatian ramai market player, tetapi ada sesetengah corak pembalikan atau penerusan yang tidak membawa makna apa-apa, dalam kata lain tidak memberi fungsi. Sebagai seorang trader, banyakkan menyelidik dan menuntut ilmu supaya pengatahuan korang lebih meluas.
Ingin merasai hebatnya mempunyai ilmu perdagangan?
Jangan tunggu lagi
Grab it Now!!
TERBONGKAR AKHIRNYA
RAHSIA 71,618+ SUPERSCALPER JANA JUTAAN USD SETIAP HARI
Biar Kami Bantu dengan Ebook Teknik Hollygrail Maruwave®️ yang dikaji dan backtest selama 5 tahun
Terbukti dan telah berjaya membantu lebih 14,000 pelabur global di seluruh Malaysia!
Dapatkan sekarang di Ebook Maruwave Analysis
Penafian: Penulisan sumber dari Investopedia
Penafian : Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengatahuan sahaja
Penulis : Fatin