Faktor Utama Mata Wang Ringgit Malaysia(RM) Merosot

24

Penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) sejak beberapa tahun ini semakin membimbangkan situasi ekonomi tempatan. Ia turut menjejaskan sosioekonomi serta meningkatkan harga barangan import.

Korang pernah tak persoalkan agak-agak bila la eh nilai mata wang kita ni nak naik balik? Tapi mesti ada faktor faktor yang menyebabkan nilai mata wang kita semakin merosot kan!?

Berikut 4 faktor utama kenapa mata wang ringgit susah sangat nak kukuh:

1. Perubahan Pasaran Global

Perubahan naik turun mata wang ringgit dalam tempoh jangka masa pendek kini lebih bergantung kepada situasi pasaran global di Amerika Syarikat dan China. Pertumbuhan ekonomi dan paras kadar faedah yang tinggi di Amerika Syarikat memberi kelebihan kepada kekuatan mata wang dolar AS. Secara tidak langsung, ini akan menonjolkan jarak yang ketara dalam perbezaan nilai mata wang berbanding ekonomi negara Malaysia yang kecil ini.

2. Kadar Faedah

Penetapan kadar faedah yang kekal 3.0 peratus pada penghujung 2023 telah menyebabkan pergerakan ekonomi tempatan kekal stabil. Keputusan ini merupakan satu respon oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa situasi ekonomi negara masih dalam keadaan terkawal dan baik. Itu merupakan keputusan tidak berubah untuk empat kali berturut-turut sejak Mei 2023 hingga sekarang.

3. Data Inflasi

Kadar Inflasi keseluruhan Malaysia yang diukur menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP) masih kekal pada tahap 1.5% pada Disember 2023. Ini menjadikan inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023 meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2022. Dorongan positif ini akan terus membantu nilai mata wang ringgit untuk terus bertahan. Jika terdapat kenaikan inflasi yang tidak terkawal, ia boleh menyebabkan penurunan daya beli ringgit dan menyebabkan kelemahan mata wang.

4. Ketidakstabilan Politik dan Dasar Ekonomi

Ketidakstabilan politik dalam negara atau ketidakpastian mengenai dasar-dasar ekonomi boleh memberi kesan negatif kepada kepercayaan pelabur dalam ringgit. Namun, sejauh manakah kredibiliti yang mampu dibawa kerajaan ini dalam menstabilkan atmosfera politik serta dasar ekonomi tempatan yang lebih mampan?

Nak tahu apakah usaha yang kita boleh buat untuk meningkatkan semula nilai mata wang kita (RM)? Stay tuneddd okay !!!

Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam

Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1