Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Mesti korang pernah mempersoalkan kan? “Bukan ke semua dividen sama je?”
Dalam pelaburan saham kita ada dua jenis keuntungan. Keuntungan daripada kenaikan harga saham dan juga keuntungan daripada pengagihan dividen daripada syarikat.
Syarikat yang memberikan dividen kepada pelabur mereka ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelabur mereka.
Pelabur perlu faham bahawa pemberian dividen daripada syarikat adalah tidak wajib dan pemberian ini sepenuhnya terletak pada keputusan pihak pengurusan.
Bercakap tentang keuntungan daripada pengagihan dividen ini, sebenarnya terdapat banyak jenis dividen yang diberikan syarikat kepada pelabur mereka. Antaranya adalah seperti:
- Dividen Tunai
- Dividen Interim
- Dividen Khas
Dalam artikel kali ni, kita akan melihat dengan lebih terperinci tentang perbezaan dividen-dividen yang disebutkan diatas.
1.Dividen Tunai
Jenis dividen tunai ini adalah dividen yang biasa anda dengar. Dividen ini diberikan syarikat kepada pelabur dalam bentuk tunai dan biasanya diberikan selepas tahun kewangan syarikat yang lengkap setahun.
Oleh itu final dividen ini juga dikenali sebagai final dividen kerapa ianya dibuat biasanya selepas penyata kewangan syarikat telah lengkap.
2. Dividen Interim
Dividen interim ini jika kita terjemahkan makna perkataan interim bermaksud sementara waktu. Dalam pemberian dividen pula, dividen interim ini ini diagihkan kepada pelabur ketika laporan kewangan syarikat masih belum lengkap.
Contohnya jika laporan kewangan yang lengkap sesebuah syarikat adalah pada bulan Jun setiap tahun, jadi dividen yang diberikan sebelum laporan kewangan akan dikenali sebagai dividen interim.
3.Dividen Khas
Jenis dividen yang ketiga pula adalah dividen khas atau special dividend. Dividen khas ini diberikan syarikat kepada pelabur mereka apabila syarikat mencatatkan keuntungan yang luar biasa pada tahun tersebut.
Keuntungan luar biasanya biasanya disebabkan oleh perniagaan syarikat yang mendapat sambutan luar biasa pada tahun tersebut atau penjualan secara one-off aset syarikat. Jadi sebahagian daripada keuntungan tersebut diagihkan kepada pelabur mereka.
Penafian : Sumber dari Bernama
Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja
Penulis : Azrina Noorsam
Berminat untuk join Komuniti Trading Scalper No 1 Di Malaysia ? Jom join Telegram Channel untuk Tips dan Info semasa mengenai SuperScalper
https://t.me/+ICnBSih70bA1MTI1