BANK DUNIA. SIAPA YANG KENDALIKANYA???

262

Kalau sembang pasal ekonomi, mesti ramai yang kaitkan dengan Bank Dunia. Agak-agak anda tau tak apa fungsi Bank Dunia ni?

Bank Dunia ditubuhkan pada tahun 1944 dalam persidangan Bretton Wood di Atlantic City. Tujuanya adalah untuk membentuk kerja sama ekonomi dan pembangunan ke arah ekonomi yang lebih stabil.

Ada dua perkara yang menjadi asas kepada penubuhan Bank Dunia iaitu International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) dan juga International Monetary Fund (IMF).

IMF merupakan kerjasama antarabangsa untuk bantu negara-negara membangun dalam mempertahankan ekonomi. IMF akan menawarkan pinjaman dan membantu negara yang memerlukan.

Dana yang diperuntukkan akan mengawal & mengimbangi aliran keluar masuk serta perubahan nilai. Dana juga digunakan jika berlaku kesusutan terhadap matawang dolar

IBRD pula di tubuhkan untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan di negara terjejas akibat perang & memberi pinjaman untuk memperbaiki infrastruktur negara. Perancis adalah negara pertama yang pernah meminjam sebanyak 250 juta dollar dengan IBRD.

IBRD juga diberi kuasa untuk menyalurkan bantuan pada mana-mana negara yang ingin menambah baik bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi.

Kemudian pada 1960, International Development Association (IDA) pula ditubuhkan untuk membantu negara-negara miskin. Namun, bukan semua negara layak dapat pinjaman dari IDA. Hanya negara dengan pendapatan kapita tidak melebihi $1,175 dolar saja yang layak memohon pinjaman.

Kiranya ada 3 badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Bank Dunia. Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa perlu ada sampai 3 badan berkuasa?

Bezanya, IDA& IBRD bertanggungjawab terhadap urusan perbankan harian. Manakala, IMF berperanan sebagai penjaga & penanggung risiko dalam semua transaksi yang yang dijalankan IBRD & IDA.

Penafian: Pendedahan ini adalah untuk tujuan pendidikan dan pengetahuan sahaja

Penulis: Lia

Berminat untuk join komuniti super scalper & belajar ilmu teknikal analisis? Jom join telagram superscalper

https://t.me/+A_SmBjzhinVhMThl

Nak tau update terkini berkaitan seminar, program, kelas, reward, live dan video trade percuma? Follow FB Page Super Scalper

https://www.facebook.com/superscalper1618/?mibextid=ZbWKwL